PMX enggan tarik balik tuduhan PN ditaja dana judi, dakwa ada asas

May 27, 2023 · Politik

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian yang dikeluarkan sebelum ini semasa menuduh Perikatan Nasional (PN) menggunakan wang judi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Anwar berkata tidak akan mengeluarkan dakwaan berhubung dana judi sekiranya tidak asas dan tidak akan menarik balik kenyataan, malah mengalu-alukan sekiranya PN mahu meneruskan saman terhadapnya.

“Tetapi kalau dia hendak teruskan, silakan. Saya tidak akan keluar kenyataan kalau saya tiada asas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Anwar juga berkata siasatan berhubung isu itu melibatkan pelbagai agensi, justeru siasatan atau tindakan hanya akan diambil selepas mempunyai bukti.

Semalam, dilaporkan Pengerusi PN, Tan Muh­yiddin Yassin menuntut Anwar serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf kerana mendakwa PN menggunakan wang judi pada PRU-15 dan akan berbincang dengan peguam berhubung tindakan seterusnya.

Sebelum ini, Anwar pernah membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN datang daripada syarikat perjudian yang terbabit dengan cabutan khas.

Mengulas lanjut, Anwar menjelaskan, siasatan berkenaan isu itu masih dijalankan oleh agensi bertanggungjawab bagi mengumpul bukti sebelum tindakan sesuai diambil.

“Sudah tentu, ia ada banyak agensi dan siasatan ini apabila ada bukti barulah diambil tindakan. Biarlah agensi itu jelaskan,” katanya menjawab soalan sama ada siasatan berkait isu itu masih diteruskan.

Isu berkenaan berbangkit selepas Anwar ketika sidang medianya pada 5 Disember tahun lalu, membayangkan sebahagian dana pilihan raya beberapa parti Melayu dan Islam datang daripada syarikat perjudian yang terbabit dengan cabutan khas judi.

Sementara itu, dalam jawapan bertulis di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, memberitahu siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dapat membuktikan dakwaan parti PN menerima dana daripada syarikat perjudian untuk berkempen dalam PRU-15 lalu.

Susulan kenyataan itu, pemimpin pembangkang bertali-arus mendesak Anwar membuat permohonan maaf atas dakwaannya sebelum ini.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
22 jam lalu· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
2 jam lalu · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok