PKR Johor anjur ‘flash mob’ bantah kenaikan harga barang

July 6, 2022 · Politik

Tiga lokasi di Johor Bahru dijadikan tempat PKR Johor mengadakan “flash mob” hari ini, ia bagi membantah kenaikan harga barang yang mendadak dan membebankan rakyat.

Pihak menganjur mendapatkan notis mengikut Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dimohon sejak tujuh hari lalu.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, kempen tersebut bertujuan menggesa kerajaan supaya mencari langkah segera menangani kenaikan harga barang disamping mendesak kerajaan mengembalikan subsidi barangan makanan.

Tiga kawasan utama ‘flash mob’ melibatkan kawasan Parlimen Pasir Gudang, Parlimen Johor Bahru dan Parlimen Tebrau.

Hassan turut memuat naik dalam akaun Facebooknya beberapa orang awam yang menyertai ‘flash mob’ tersebut, antaranya di Masai, Pelangi dan Bulatan Taman Daya.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi PKR Johor,Jimmy Pua Wee Tse.

“Langkah kerajaan menghapuskan subsidi barangan makanan adalah salah dan zalim. Kalau nak potong subsidi lain tidak apa, bukan barangan makanan kerana ini adalah keperluan rakyat yang dimakan hari-hari,” katanya dipetik laporan BH.

Beberapa anggota polis juga berada di kawasan berlangsungnya ‘flash mob’ bagi memantau keadaan.

Pemandu kenderaan turut membunyikan hon masing-masing ketika ‘flash mob’ berlangsung. Keadaan adalah terkawal dan kumpulan flash mob yang disertai hampir 30 orang termasuk aktivis masyarakat itu bersurai dalam tempoh 20 minit.

Malaysia kini sedang berdepan krisis kos sara hidup di mana harga makanan ruji dan keperluan meningkat secara mendadak dan stabil sejak awal tahun.

Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembentukan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bertujuan menangani isu peningkatan kos sara hidup dihadapi rakyat ketika ini.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023· Isu semasa
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
UMNO cuba jadi tukang atur dan besar kepala, kata Hadi
November 2, 2022
Khaled tak tanding kerana takut kalah tapi kata Bersatu tak kuat
January 29, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
4 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok