PH hanya kritik Ismail Sabri tapi bukan desak PRU-15 awal, kata pemimpin

July 3, 2022 · Politik

Kritikan Pakatan Harapan (PH) terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak bermakna mereka mahu pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) disegerakan, kata beberapa pemimpin utamanya.

Beberapa pemimpin blok pembangkang itu menjelaskan kritikan yang dibuat bertujuan supaya kerajaan mengambil langkah segera dalam menangani isu-isu dasar melibatkan kepentingan rakyat seperti harga barang naik, tetapi ia bukan mahu mendesak supaya PRU-15 dipercepatkan seperti diminta UMNO.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menjelaskan pembangkang tidak menyerang PH seperti didakwa, malah semasa tular isu harga baju mahal dipakainya juga tidak dibangkitkan sebaliknya lebih memfokuskan kepada isu yang lebih penting.

“Kita bukan serang Perdana menteri. Orang bercakap tentang pakaian Perdana Menteri mahal, kita tak sentuh isu itu, kita lebih banyak bercakap tentang cara menangani kos sara hidup yang tinggi,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Bagi Pengarah Komunikasi Parti Amanah, Khalid Abdul Samad pula mendakwa sebenarnya serangan yang dihadapi Ismail Sabri datang daripada dalam UMNO sendiri bukan pembangkang, malah mendakwa parti utama pemerintah itu kini sedang berebut kuasa sesama mereka.

“Sebenarnya yang banyak kritik Perdana Menteri bukan pembangkang, tetapi dari dalam UMNO sendiri sebab perebutan kuasa yang berlaku,” ujarnya.

Tambah Khalid, rakyat boleh menilai perebutan kuasa dalam UMNO yang disifatkan sebagai budaya parti itu yang seharusnya dielakkan dalam sesebuah pemerintah.

“Jangan nak gunakan modal pembangkang untuk satukan mereka kerana hakikatnya perpecahan itu adalah datang dari dalam UMNO sendiri,” katanya lagi.

Terdahulu, pemimpin pembangkang mengadakan perhimpunan pada Jumaat lalu bagi mendesak kerajaan menangani segera kos harga barang naik.

Semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kerajaan dipimpin Ismail Sabri kerana lambat bertindak dalam menangani kenaikan harga barang yang dihadapi rakyat ketika ini.

Anwar melabel kerajaan Ismail Sabri sebagai “bangang” kerana tidak mengambil langkah awal dalam membendung kos sara hidup rakyat, kritikan keras itu hadir menjelang tamatnya perjanjian memorandum persefahaman (MoU) pada 31 Julai ini.

“Harga barang sudah naik enam bulan sebelum Raya Puasa, ini nak masuk Raya Haji, lepas ini Raya Cina, baru minggu lalu tubuh jawatankuasa Kabinet, ini kerajaan apa?

“Saya pernah beberapa tahun dalam kementerian, dengar saja nak naik harga barang, sebelum naik sebulan, dua bulan sebelum nak raya kita tubuh jawatankuasa Kabinet tangani masalah, jadi boleh kawal harga.

“Sekarang harga sudah naik melambung RM13, RM14 1kg ayam baru buat jawatankuasa Kabinet…’bangang’, tak membantu sama sekali masalah rakyat, tak prihatin,” katanya dipetik laporan media.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
7 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok