Perbicaraan kes pengubahan wang haram bekas MB Perlis pada Julai tahun depan

November 10, 2023 · Politik

Perbicaraan pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu dan menerima wang hasil aktiviti haram dihadapi bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man akan hanya bermula pada tahun depan.

Hakim Azura Alwi hari ini menetapkan 12 Jan 2024 untuk sebutan semula kes dan turut menetapkan sembilan hari pada 18 dan 19 Julai, 1 dan 2 Ogos serta 19 hingga 23 Ogos tahun depan untuk perbicaraan.

Timbalan Pendakwa Raya Noralis Mat memaklumkan bahawa pihaknya akan memanggil 20 saksi pada perbicaraan itu.

Dalam pada itu, pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memerlukan masa untuk meneliti representasi oleh Azlan bagi mengkaji pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu dan menerima wang hasil aktiviti haram.

Terdahulu, Noralis Mat memaklumkan bahawa pihaknya baru menerima representasi yang dihantar pihak pembelaan menerusi e-mel semalam.

“Oleh itu, kami memerlukan masa untuk menelitinya sebelum ditaklimatkan kepada Peguam Negara (AG),” katanya semasa sebutan kes.

Peguam Burhanudeen Abdul Wahid yang mewakili Azlan berkata representasi baru dihantar semalam kerana pihaknya memerlukan masa untuk meneliti bukti dan fakta bagi melengkapkan dokumen itu.

Pada 10 April lepas, Azlan, 65, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar atas lima pertuduhan berkaitan tuntutan palsu bagi kemudahan cuti seberang laut berjumlah lebih RM1.18 juta, yang didakwa dilakukan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Kompleks Dewan Undangan Negeri, Persiaran Wawasan, di Kangar, antara Disember 2013 hingga Disember 2017.

Bagi semua pertuduhan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai butir matan palsu atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pada 12 April lepas, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas lima pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM1.06 juta antara 19 Feb 2014 dan Disember 2017.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Maybank cawangan Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, CIMB Bank cawangan Putrajaya dan Hotel Sheraton Imperial di sini, antara 19 Feb 2014 dan Disember 2017.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta yang mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pada 9 Jun lepas, Azura membenarkan kesemua pertuduhan tersebut dibicarakan bersama di Mahkamah Sesyen di sini.

Berita berkaitan
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Lagi Politik terkini
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
6 jam lalu · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023 · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ir Khairil di ceramah PAS Gong Limau
28 minit lalu
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok