Pendedahan Tajuddin, apa agaknya janji Anwar kepada anak murid?

June 28, 2022 · Politik

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa tampil menjelaskan dakwaan wujudnya sokongan daripada ‘kluster mahkamah’ dalam akuan bersumpah (SD) menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

Pendedahan Ahli Parlimen (MP) Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menimbulkan tanda tanya apakah terma perjanjian antara Presiden PKR itu dengan anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sehingga terdapat SD beberapa MP UMNO yang menyokongnya sebagai calon Perdana Menteri.

Timbalan Pengerusi Biro Penerangan Bersatu, Dr. Afif Bahardin berkata, pendedahan bekas ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO yang baharu dipecat mengesahkan dakwaan dan desas-desus sebelum ini memang wujud pakatan sulit di antara Presiden UMNO bersama Anwar untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya mendesak Ahli Parlimen Port Dickson untuk wajib tampil memberi justifikasi mengenai kesediaan beliau bagi mendapatkan sokongan kluster mahkamah untuk membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri.

“Apakah yang beliau telah janjikan kepada Zahid dan kluster mahkamah bagi memenuhi obsesi patologikalnya untuk bergelar seorang Perdana Menteri,” soal Afif menerusi satu kenyataan.

Tambah beliau, hipokrasi politikus PKR dan DAP juga cukup memualkan apabila tanpa segan menyelar ahli politik PN dengan pelbagai panggilan tetapi diam seribu bahasa apabila terbukti Anwar sendiri sanggup menerima sokongan MP daripada “kluster mahkamah”.

Semalam, Tajuddin mendedahkan,Zahid merupakan ketua yang mengepalai gerakan menyokong Presiden PKR itu dilantik menjadi PM.

Menurut Tajuddin, pendedahan itu dilakukannya sebagai saksi hidup berikutan Zahid tidak mendedahkannya kepada akar umbi.

Bahkan, Tajuddin juga mendakwa, beliau turut digesa menandatangani SD tersebut sehingga timbulnya isu jajaran baharu ketika itu. Artikel kredit SatuBerita

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
2 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
21 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok