PAS tolak sebarang usaha bentuk jajaran baharu, sindir Zahid

November 6, 2021 · Politik

Satu sindiran sinis dilemparkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan menegaskan sebarang bentuk jajaran baharu perlu ditolak, sebaliknya menyokong kuat penubuhan Perikatan Nasional (PN).

Hadi berkata kemunculan Muafakat Nasional (MN) pada mulanya hanya dianggotai oleh PAS dan UMNO sebelum bersetuju menjemput Bersatu dan seterusnya dilangsungkan kepada pembentukan gabungan yang lebih majmuk iaitu Perikatan Nasional (PN) bersama parti-parti yang mewakili pelbagai agama dan kaum yang berjaya mengambil alih kerajaan.

Beliau berkata gabungan itu menerima asas Perlembagaan Persekutuan dan terbuka penyertaannya kepada semua parti yang tidak menyeleweng daripada Perlembagaan dan itulah acuan perpaduan nasional yang ingin diperkenalkan kepada semua.

“Oleh itu, kita menolak sebarang usaha untuk membentuk penjajaran baharu dengan pelbagai jenama atau perubahan yang dicadangkan. Secara tegas, dinyatakan bahawa kita baru sahaja menubuhkan MN mengikut acuan asal yang lengkap sebagai pendahuluan mengikut Piagam yang terbuka bukan tertutup.

“Kita berjaya menubuhkan PN yang lebih terbuka dan kuat, sehingga berjaya mengambil alih Kerajaan Persekutuan, laksana menanam benih yang baru tumbuh dengan subur.

“Maka, sebarang cadangan lain laksana tumbuhan liar yang mesti dihapuskan atau makhluk perosak yang wajib dimusnahkan,” katanya semasa ucapan dasar Muktamar Tahunan PAS Ke-67 hari ini.

Beliau berkata PAS perlu konsisten dengan menampilkan pendekatan politik yang jujur dan bersih untuk memulihkan negara.

“Apakah faedahnya jika sekadar mendapat jumlah sokongan majoriti yang besar tetapi tidak berintegriti, sekiranya pada awal lagi sudah mula berbohong kepada rakyat untuk mendapatkan sokongan majoriti.

“Berbohong itu sahaja sudah cukup untuk menjadi tanda hilangnya integriti, yang pasti mengundang semua perangai buruk yang lain, termasuk menjadi kleptokrat,” katanya.

Sementara itu, Hadi berkata Muktamar PAS kali ini adalah muktamar terpenting dan mungkin yang terakhir sebelum menghadapi PRU15 serta menjadi hala tuju untuk terus memimpin dengan mengekalkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang dimenangi PAS serta menambah bilangan kerusi dan pengaruh di negeri-negeri lain.

Mengenai calon pilihan raya, beliau berkata PAS akan menyediakan calon berwibawa yang mempunyai ciri-ciri beristiqamah dengan parti, berintegriti, berakhlak mulia, mempunyai aqidah yang kuat dan bertahan dengan parti.

“Kalangan yang berwibawa dalam PAS tidak akan tercicir kerana konsep Kerajaan Teknokrat yang kita telah perkenalkan tetap memberi tempat masing-masing, tidak semestinya menjadi calon dan wakil rakyat sahaja. Manakala mereka yang menjadi calon pula sedia berkorban menghadapi segala kemungkinan apabila ditugaskan,” katanya.

Tegasnya lagi, PAS tidak seharusnya dikurung dalam sebarang permuafakatan yang tertutup dan sekadar menjadi penumpang dalam perjalanan politik tanah air.

Beliau berkata sebaliknya parti itu perlu mempunyai hala tuju dengan menjadi pemimpin bersama pihak lain sehingga berjaya menarik sokongan rakyat

“Untuk mendapat jaminan paling kuat bagi menegakkan konsep kepimpinan Islam yang berprinsip, maka PAS wajib berusaha sekurang-kurangnya menjadi penentu dalam keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berasaskan jumlah kerusi yang menang, bukannya banyak jumlah kerusi yang bertanding tanpa kerusi yang dimenangi,” katanya dalam ucapan dasar Muktamar Tahunan PAS Ke-67 di sini hari ini.

Muktamar PAS bertemakan Islam Menyatukan Ummah berlangsung dua hari bermula hari ini yang diadakan secara hibrid dengan 694 daripada 1,546 perwakilan hadir secara fizikal manakala selebihnya secara maya.

Perwakilan negeri berada di negeri masing-masing kecuali perwakilan dari Terengganu, Kelantan dan Pahang serta kesemua 197 Yang Dipertua PAS kawasan yang hadir secara fizikal.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
8 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok