PAS tidak akan bubar DUN semasa banjir, buat apa nak susahkan rakyat: Samsuri

September 20, 2022 · Politik

PAS tidak akan mengikut langkah UMNO yang mahu pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan segera dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditadbir parti itu, kata Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Naib Presiden PAS itu berkata, PAS tidak mahu mengikut langkah UMNO yang hanya mementingkan diri sendiri sehingga mahu menyusahkan rakyat berdepan bencana banjir dengan mengadakan pilihan raya bagi kerusi DUN dan bertegas tidak akan membubarkan dewan.

“Setakat ini, tiada ada perubahan (tidak akan bubarkan) kerana apa yang penting bagi kita ialah kita tidak menyusahkan rakyat… bukan kepentingan parti-parti politik semata-mata, parti politik ini sudah jadi medium untuk memberikan khidmat kepada rakyat.

“Apa yang penting ialah kita tengok rakyat selesa atau tidak. Kalau rakyat berada dalam keadaan kurang selesa akibat banjir, kenapa kita mahu paksa sesuatu yang rakyat rasa tidak selesa.

“Kita biarkan suasana ekonomi berkembang dan sebagainya, itu pandangan peribadi saya,” katanya dipetik laporan BH.

Untuk rekod, PAS memerintah tiga kerajaan negeri, iaitu di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu terdahulu melawat lokasi kebakaran di Kampung Cina, Kuala Terengganu.

Hujung minggu lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap pada majlis pelancaran Jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa menyatakan Barisan Nasional (BN) sanggup meredah banjir dan hujan lebat jika PRU-15 diadakan tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga semasa program sama memberi isyarat tinggal sikit lagi masa untuk memutuskan tarikh PRU-15 yang akan dibincangkan bersama ‘top five’ UMNO.

Esok, Ismail Sabri semasa mesyuarat Kabinetnya berkata akan membangkitkan berhubung isu pembubaran Parlimen bagi memberi laluan PRU-15 diadakan pada masa terdekat.

Berita berkaitan
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
12 jam lalu· Politik
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023· Politik
Ketua Menteri Melaka letak jawatan, Zahid sahkan bakal umum nama baharu
March 29, 2023· Politik
Shahidan cadang pasport Rosmah juga dipulangkan sama seperti Zahid
March 27, 2023· Politik
Popular
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
March 30, 2023
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
March 30, 2023
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
March 31, 2023
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
March 30, 2023
Lagi Politik terkini
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
4 jam lalu · Politik
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
14 jam lalu · Politik
Larangan terhadap MB Kedah: PH-BN bawa landskap politik lapuk
15 jam lalu · Politik
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
15 jam lalu · Politik
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok