PAS sering bangkit isu enggan lagi bersama MN, bukan UMNO: Azlan

December 7, 2021 · Politik

Seorang Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO menuduh hanya PAS sahaja yang sering membangkitkan isu untuk tidak mahu lagi bersama-sama UMNO di dalam Muafakat Nasional (MN).

Malah, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Azlan Man menuduh PAS sendiri melanggar piagam MN apabila mengadakan kerjasama dengan Bersatu menerusi Perikatan Nasional (PN).

Beliau turut melihat kerjasama sebenar daripada PAS di dalam MN sebagaimana diharapkan UMNO tidak dapat diterjemahkan, dan gagasan itu kini menuju kepada perpecahan.

“Jika dilihat yang sering mengatakan MN sudah tidak ada, adalah PAS, termasuk menuduh UMNO tidak menepati piagam.

“PAS yang sering membangkitkan tidak mahu bersama MN bukannya UMNO,” kata beliau sebagaimana dilaporkan Utusan hari ini.

Azlan yang juga Menteri Besar Perlis bagaimanapun berkata, belum ada keputusan muktamad daripada kepemimpinan mengenai sejauh mana MN boleh dipertahan atau sebaliknya.

“Tuduhan bahawa UMNO melanggar piagam MN adalah tidak betul. Kalau kita lihat, pelanggaran bermula daripada PAS sendiri dengan bermula kerjasama dengan Bersatu menerusi PN.

“Kita tidak pernah mendaftar menyertai PN, sebaliknya PAS sendiri daftar dan adalah lagi beberapa keputusan mesyuarat tertinggi yang langsung tidak menjurus bahawa UMNO itu dilihat melanggar piagam MN.

“Dari segi retoriknya, saya nampak MN seperti kita menuju ke arah penceraianlah. Tapi tidak ada keputusan muktamad. Nampak MN itu mungkin tidak dapat diterjermah di dalam kerjasama sebenar dari PAS,” katanya hari ini.

Baru-baru ini Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa parti itu menolak gagasan MN kerana UMNO tidak menepati janji dalam piagam untuk turut menerima parti-parti lain termasuk Parti Bersatu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di dalamnya.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan kenyataan Abdul Hadi itu sebagai tersasar memandangkan matlamat penubuhan MN tidak menyebut Bersatu perlu menjadi sebahagian daripadanya.

Azlan berkata berkata melihat kepada situasi semasa, UMNO dilihat perlu mencari jalan terbaik yang memberi kelebihan dan kebaikan kepada parti itu.

“Sebagaimana kita bergerak solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka namun situasi di Melaka tidak boleh jadi ukuran di peringkat nasional. Apa pun keputusan adalah yang boleh memberi kelebihan dan kebaikan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
7 jam lalu · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok