PAS serah kepada PM isytihar tarikh PRU-15: Tuan Ibrahim

September 24, 2022 · Politik

Terpulang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menentukan tarikh yang sesuai bagi mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15), kata PAS.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata terserah kepada Ismail Sabri untuk membubarkan Parlimen sekalipun diadakan semasa musim banjir, bagaimanapun beberapa faktor khususnya melibatkan keselamatan rakyat semasa bencana juga perlu diteliti.

“Sekiranya Parlimen ingin dibubarkan, kerajaan perlu mengambil kira semua faktor dan apa pun kita serah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengisytiharkan tarikh PRU15,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

Tuan Ibrahim terdahulu merasmikan Sambutan Hari Ozon Sedunia 2022 Peringkat Kebangsaan di Gamuda Cove hari ini.

Beliau juga membangkitkan berhubung persediaan pihak polis yang berkemungkinan berhadapan kekangan tenaga kerja kerana terpaksa mengiring peti undi dan pada masa sama menjaga keselamatan negeri yang berhadapan banjir.

Katanya, mengikut akta pilihan raya, anggota polis perlu mengawal dan mengiringi setiap peti undi dan tugasan itu tidak boleh dilakukan oleh agensi lain demi keselamatan.

Terdahulu, Perikatan Nasional (PN) dalam satu kenyataan awal hari ini menegaskan semua Jemaah Menterinya menolak langkah untuk mengadakan PRU-15 semasa musim banjir.

Timbalan Pengerusi PN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, pendirian itu dinyatakan Menteri PN semasa mesyuarat Kabinet pada Rabu lalu dan mengakui barisan menteri juga mempunyai perbezaan pendapat mengenai tarikh PRU-15.

“Menteri Kabinet PN menentang pelaksanaan (PRU-15 ketika musim tengkujuh) dan percaya bahawa kita harus bertindak membantu rakyat untuk menghadapi risiko banjir. Ini membuktikan bahawa PN adalah sebuah gabungan yang prihatin.

“Bagi GERAKAN, kami menolak sekeras-kerasnya langkah mengadakan PRU-15 pada akhir tahun ini (ramalan negara dilanda banjir) kerana keselamatan rakyat sewaktu musim tengkujuh perlu diutamakan

“PRU-15 boleh diadakan selewat-lewatnya menjelang September tahun depan. Jadi tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan PRU pada penghujung tahun ini dan berdepan risiko banjir,” katanya dalam satu kenyataan.

Spekulasi berhubung tarikh PRU-15 semakin dekat selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kesediaan jentera partinya bersedia untuk berkempen dan meredah banjir jika diadakan semasa musim tengkujuh.

Selain itu, Ismail Sabri juga memberitahu sebelum ini tarikh PRU-15 semakin dekat dan sudah tidak lama lagi.

Dalam pada itu Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air turut memberi bayangan PAS masih mengharap kerjasama BN bagi menghadapi PRU-15.

Menurutnya, Pemukiman PAS yang diadakan di Langkawi, Kedah baru-baru ini memutuskan parti itu tidak akan bekerjasama dengan BN adalah bersifat anjal dan masih belum muktamad.

Katanya, PAS mengenal pasti terdapat kira-kira 25 kerusi panas Parlimen dan sekiranya berlaku pertembungan kedua-dua parti akan berhadapan kerugian.

“Kita berpendapat kerusi kritikal sebegini perlu diadakan perbincangan dan saya menerima maklumat mereka (BN) positif mengenai perkara ini dan perbincangan masih belum diadakan setakat ini, “katanya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
1 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
21 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok