Nur Jazlan dakwa PAS minat kuasa, kedudukan, gesa putus kerjasama MN

June 4, 2021 · Politik

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed menuduh PAS tidak lagi ikhlas berada dalam gabungan Muafakat Nasional (MN) sebaliknya lebih cenderung kepada kuasa, kedudukan dan wang.

Sehubungan itu, beliau menggesa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan hubungan kerjasama dengan parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Beliau menuduh PAS sekarang ini lebih cenderung memiliki kuasa, kedudukan dan wang serta tidak boleh lagi diharap untuk mendukung tanggungjawab sebagai rakan sekutu dalam MN.

Memetik laporan FMT hari ini Nur Jazlan didakwa berkata UMNO telah lama menyimpan syak terhadap pemimpin PAS berhubung kerjasama di dalam MN.

“Akhir-akhir ini, mereka kelihatan lebih berminat untuk memperoleh kuasa dan kedudukan,” katanya dipetik daripada FMT.

PAS menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Bersatu pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tiga pemimpin PAS dilantik sebagai menteri penuh dalam Kabinet Muhyiddin, dan lima lagi sebagai timbalan menteri, manakala Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri.

Menteri daripada PAS ialah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Menteri Alam Sekitar); Datuk Takiyuddin Hassan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang)); dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali.

Timbalan-Timbalan menteri pula ialah Ahmad Marzuk Shaary (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)); Awang Hashim (Timbalan Menteri Sumber Manusia); Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga); Datuk Che Abdullah Mat Nawi (Timbalan Menteri II Pertanian dan Industri Makanan); dan Ahmad Amzad Hashim (Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi).

Mengulas lanjut, Nur Jazlan menjadikan isu tanah Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi membuktikan tuduhannya bahawa pemimpin PAS, dalam keadaan tertentu, lebih mengutamakan wang.

“Dalam kes melibatkan (tanah) Lembaga Getah Malaysia (LGM), ternyata ada beberapa dakwaan yang cukup serius,” katanya lagi.

Beliau dipercayai merujuk kontroversi rancangan pajakan dan jualan tanah bernilai tinggi milik LGM yang berada di bawah bidang kuasa Khairuddin, yang juga pengarah strategi PAS.

Bekas pengerusi LGM, Ahmad Nazlan Idris sebelum ini menuduh Khairuddin campur tangan dalam isu itu, namun pemimpin PAS itu menyifatkan serangan terhadapnya sebagai fitnah didalangi pihak yang mesra dengan sebahagian pimpinan UMNO.

Nur Jazlan juga dilaporkan menuduh PAS sebagai parti yang gagal mempamerkan tadbir urus baik di beberapa negeri pimpinannya dari dahulu hingga sekarang.

“Kegagalan kerajaan negeri di bawah pimpinan Abdul Hadi Awang sebagai menteri besar Terengganu dari 1999 hingga 2004 adalah contoh urus tadbir lemah yang saya maksudkan,” katanya.

Beliau mendakwa Muhyiddin lebih memihak kepada PAS berbanding UMNO, malah enggan mengambil tindakan terhadap menteri PAS yang cuai.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
22 jam lalu· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
2 jam lalu · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok