Muhyiddin umum PN tanding semua 28 kerusi di Melaka

October 22, 2021 · Politik

Perikatan Nasional (PN) dijangka akan bertanding di semua 28 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov depan.

Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau telah mengarahkan agar rundingan dalam kalangan parti di bawah PN, termasuk PAS dan Gerakan diadakan segera.

Beliau yang juga Presiden Bersatu berkata, pihaknya sudah menjangka keputusan UMNO yang enggan bekerjasama, namun mengambil pendekatan berhemah untuk menunggu UMNO menyatakan pendirian atau keputusan sama ada sedia bekerjasama bagi mengelak pertembungan pada PRN nanti.

“Sekarang mereka (UMNO) kata ‘no way’ dan itu fakta. Saya dah maklumkan di Melaka dah, kita bersedia untuk hadapi apa saja bentuk pertandingan, sama ada secara dua (penjuru), tiga atau empat, itu tidak menjadi masalah bagi kita.

“Itu sebab semalam saya gesa (supaya) segerakan rundingan antara parti dalam PN. Pada dasarnya mereka bersetuju 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan di Melaka, kita bahagikan mengikut situasi dan keadaan, dan diharapkan kita dapat capai kejayaan,” katanya lapor Bernama.

Muhyiddin terdahulu mengadakan pertemuan dengan pemimpin tempatan peringkat DUN Gambir di Dewan Serbaguna Bukit Gambir.

Menurutnya lagi, pembahagian tersebut akan dibuat sesama parti komponen dalam PN.

“Saya fikir besar kemungkinan kita bertanding di semua kerusi dan 28 kerusi dibahagikan antara parti yang saya sebutkan tadi,” katanya lagi.

Muhyiddin berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam yang memaklumkan tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dalam mana-mana pilihan raya.

Ketika ditanya sama ada PN mempunyai calon untuk Ketua Menteri, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata PN mempunyai ramai tokoh yang berkualiti yang layak memimpin.

Ditanya pandangannya jika PRN perlu ditangguhkan susulan pandemik COVID-19, Muhyiddin berkata ia tidak boleh ditangguhkan kerana ia melibatkan perlembagaan yang menetapkan bahawa pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah berbincang dan menetapkan tarikhnya, jadi saya harap SPR akan ambil maklum mengenai apa yang berlaku di PRN Sabah, dan tampilkan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu bagi membendung dan mengawal penularan jangkitan.

“Ini boleh dilaksanakan dengan mengehadkan pergerakan orang ramai semasa berkempen, dan juga menggunakan media sosial atau platform dalam talian semasa pilihan raya,” kata Muhyiddin, yang juga merupakan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
22 jam lalu· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
2 jam lalu · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok