Logo PKR lebih laku berbanding PH, kata PKR Perak

October 2, 2021 · Politik

Berbanding logo Pakatan Harapan (PH), PKR Perak mendakwa logo parti mereka lebih laku dan berpengaruh sekiranya digunakan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Ketua Penerangannya, Muhammad Arafat berkata populariti logo PKR sudah terbukti susulan kajian oleh Biro Penerangan PKR negeri di semua 59 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri tersebut.

Jelasnya, kajian yang dijalankan dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) itu mendapati, ramai yang memilih logo PKR untuk digunakan oleh PH dalam PRU-15.

“Berdasarkan kajian itu, seramai 78 peratus responden menyatakan logo PKR lebih sesuai digunakan berbanding 22 peratus responden yang memilih lambang PH pada PRU 15,” katanya dalam kenyataan hari ini

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta berkata, sehubungan itu, biro itu yang mewakili seramai 78,750 ahli PKR Perak juga mahu lambang PKR digunakan oleh PH dalam PRU-15.

“Ini merupakan strategi untuk membantu kemenangan PH. Kajian ini juga membuktikan PKR menjadi pilihan majoriti rakyat Perak,” katanya.

Dalam pada itu, Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan tiada sebarang pendirian dan keputusan rasmi berhubung isu penggunaan logo yang bakal digunakan dalam PRU depan.

Calon Perdana Menteri (PM) blok pembangkang itu mengakui tidak tahu untuk membuat keputusan berhubung pemilihan logo sama ada mahu menggunakan logo PKR atau logo rasmi PH yang berwarna putih merah.

“Saya tak boleh buat keputusan sendiri, jadi perlu dengar nasihat PKR peringkat negeri dan cabang,” katanya.

Kenyataan itu berbeza dengan pendirian beberapa pemimpin DAP dan Amanah yang mendakwa Majlis Presiden PH pada 23 Ogos memutuskan logo gabungan itu akan digunakan oleh semua calonnya dalam PRU ke-15.

Namun, beberapa pemimpin PKR yang fanatik kepada Anwar berharap logo parti mereka digunakan dalam PRU nanti.

Bagaimanapun, Pemuda DAP tidak akan menerima cadangan untuk menggunakan logo PKR pada PRU akan datang, walaupun Angkatan Muda Keadilan (AMK) sebelum ini menggesa semua parti dalam PH menggunakan logo parti mereka.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
7 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok