Konspirasi kantoi, UMNO 3.0 hanya rekaan alih perhatian

April 10, 2021 · Politik

UMNO 3.0 tidak pernah ada, sebaliknya ia adalah cerita rekaan dan agenda untuk menutup konspirasi tertinggi kepemimpinan parti itu, kata Tan Sri Annuar Musa.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu berkata, ‘gerakan UMNO 3.0’ dibangkitkan semata-mata sebagai taktik untuk mengalihkan pemikiran ahli daripada isu yang melingkari diri sendiri.

Beliau mengulas berhubung gerakan UMNO 3.0 yang kononnya berusaha mengajak akar umbi menggantikan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Umno 3.0?….tak habis habis dengan tektik mereka-reka cerita. Langsung tak takut berdosa.

“Umno tidak ada siri.Tiada 1.0,2.0 atau 3.0.. Yang pasti ada ialah NO ANWAR, NO DAP,” katanya dalam kenyataan, sebentar tadi.

Annuar mengingatkan pihak berkaitan supaya tidak cuba mengalihkan pemikiran ahli UMNO yang cuma mahu membebaskan diri daripada mereka yang mahu memperalatkan parti untuk kepentingan diri sendiri.

Tanpa menyatakan siapa yang dimaksudkan, beliau berkata, UMNO tidak mahu disebabkan beberapa individu parti itu dibenci dan akan kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU).

Dalam hantaran di Facebooknya malam tadi Annuar beliau bersyukur kerana akar umbi UMNO sudah faham dengan apa yang berlaku di belakang tabir.

Katanya, walaupun mereka yang fanatik kepada individu berkenaan atas apa juga sebab dan berhempas pulas cuba menutup keraguan dan kebenaran, akar umbi telah sedar apa yang berlaku.

“Kerana kecewa agenda peribadi tidak diikuti, mereka mereka-reka kempen membenci, agar dapat disembunyikan konspirasi. Akhirnya Kantoi sendiri,” katanya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
7 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok