Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak dilantik Pengerusi HDC baharu

May 20, 2023 · Politik

Halal Development Corporation (HDC) mengumumkan pelantikan Khairul Azwan Harun sebagai pengerusi baharunya.

Pelantikan Khairul Azwan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak itu dibuat HDC dalam Facebooknya dan untuk rekod HDC adalah agensi kerajaan bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

“Sekalung tahniah buat Khairul Azwan Harun atas pelantikan sebagai pengerusi Halal Development Corporation (HDC).

“Semoga dengan kepakaran, pengetahuan dan pengalaman Khairul, tadbir urus HDC dapat diperkukuhkan dan kontribusi dapat diberikan pada peningkatan daya saing industri halal di Malaysia hingga ke tahap yang lebih tinggi,” kata kenyataan itu.

Khairul adalah lantikan politik terbaharu melibatkan parti dalam kerajaan campuran sejak ia berkuasa.

Dalam tempoh beberapa minggu lalu, beberapa pelantikan politik diumumkan, termasuk membabitkan pemimpin Amanah ke dalam badan berkanun bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan diterajui Datuk Seri Mohamad Sabu.

Mohamad, yang juga Presiden Parti Amanah, mempertahankan keputusan itu dengan berkata, pelantikan tersebut tidak bermotifkan politik tetapi mengambil kira reputasi dan penglibatan individu berkenaan dalam masyarakat.

Pada 11 Mei lalu, Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Norliza Abdul Rahim dilantik sebagai Pengerusi baharu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Beberapa hari sebelum itu, Ahli Parlimen Julau Larry Sng dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
10 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok