Kerajaan campuran dibidas badan pemerhati rasuah selepas keputusan PRN mengecewakan

August 14, 2023 · Politik

Keputusan mengecewakan diperoleh kerajaan campuran adalah disebabkan kegagalan melaksanakan janji dan pembaharuan yang dijanjikan sebelum ini, bidas Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme Pusat (C4).

Badan pemerhati rasuah, C4 menyifatkan kerajaan campuran dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal menunaikan janji mereka khususnya dalam melibatkan isu integriti, malah melantik individu ada kes rasuah ke jawatan tertinggi dalam kerajaan dan memberi jawatan sewenang-wenangnya kepada orang politik.

“(Adalah) salah untuk menggelar ini sebagai seruan bangkit (wake up call). Sejak 2018, banyak wake up call telah dibuat, tetapi PH terus menangguhkannya berulang kali. Empat tahun akan datang adalah peluang terakhir.

“Amat jelas orang ramai tidak lagi percaya kepada politik lama. Bagi gula-gula pilihan raya, tabur janji demi janji tidak lagi berkesan.

“Kami mahu melihat reformasi yang pantas dan bermakna. PM (Perdana Menteri) Anwar dan kerajaan perpaduan perlu segera melaksanakan reformasi terhadap institusi di negara ini.

“Ganti Ketua Pesuruhjaya SPRM dan reformasikan SPRM, pisahkan AG (Peguam Negara) dan pejabat Pendakwa Raya, hentikan melantik ahli politik ke dalam GLC (syarikat berkaitan kerajaan) dan gantikan mereka yang telah dilantik dengan individu berkemampuan tinggi dan berkelayakan untuk memacu pembaharuan dalam GLC ini.

“Gubal undang-undang pembiayaan politik, undang-undang perolehan, Akta Perkhidmatan Parlimen, pinda IPCC (Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis) untuk memasukkan semangat IPCMC (Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis).

“Tubuhkan pejabat ombudsman dan melaksanakan Pelan antirasuah Nasional sepenuhnya sebelum penghujung tahun ini,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif C4, Sudhagaran Stanley dipetik laporan Malaysiakini.

Sudhagaran berkata kerajaan persekutuan mesti mempercepatkan reformasi ekonomi dan pendidikan, di mana keputusan sukar perlu dibuat demi masa depan negara.

“Kita tidak boleh lagi meneruskan dasar yang lapuk. Tegakkan hak asasi manusia. Setiap rakyat di negara ini tanpa mengira kaum dan agama mesti dapat menikmati kebebasan yang dijamin di bawah perlembagaan persekutuan dan mendapat manfaat daripada reformasi yang bakal dilaksanakan,” katanya lagi.

Aktivis itu menggesa kerajaan berusaha ke arah itu segera seolah-olah ini adalah tahun terakhir mereka memegang kuasa.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Mat Sabu sudah tak tahan dikecam selepas bersama UMNO: Tuan Ibrahim
May 10, 2023
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024
Dulu PH juga kata Azam Baki punca rosak institusi, kata PAS
May 13, 2023
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok