Keputusan kedudukan PAS dalam MN akan dibincang dalam Majlis Syura

December 5, 2021 · Politik

Majlis Syura Ulama PAS akan membincangkan kedudukan parti itu dalam Muafakat Nasional (MN) sebelum membuat sebarang keputusan muktamad berhubung hala tuju dalam kerjasama tersebut, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin.

Beliau berkata buat sementara waktu PAS kekal dengan pendirian untuk terus memperkukuh MN dan pada masa sama, mempertahankan Perikatan Nasional (PN) yang ditubuhkan bersama-sama Bersatu tetapi keputusan muktamad akan diputuskan pada mesyuarat yang dijangka berlangsung minggu depan.

“Saya rasa kita belum buat keputusan untuk tolak UMNO pun, hubungan masih ada, tak ada apa-apa perubahan sampai hari ini.

“Apa pun perkara ini dijangka akan dibincangkan dalam Majlis Syura Ulama PAS pada minggu depan,” katanya lapor BH hari ini.

Terdahulu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengakui hanya mahu melihat kerjasama dengan parti Melayu dan Islam melibatkan UMNO dan PAS sahaja, parti-parti kecil yang ditunjangi oleh pemimpin Melayu lain tidak dialu-alukan dalam kerjasama MN menyebabkan UMNO enggan menjemput mana-mana parti selain PAS sahaja.

“Malah salah satu sebab MN itu dibidani kelahirannya ialah untuk menentang Pakatan Harapan (PH). Bersatu adalah komponen PH waktu itu.

“Justeru untuk memaksa UMNO menerima Bersatu adalah bercanggahan dengan semangat sebenar MN itu diasaskan,” kata Mohamad yang mengakui dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam.

Mohamad menjelaskan, MN tidak ditubuhkan dengan matlamat Bersatu mesti menjadi sebahagian daripadanya, sebaliknya MN diasaskan untuk menentang PH.

Kenyataan Mohamad itu hadir selepas Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang semalam mendakwa UMNO melanggar janji dalam MN selepas menolak penyertaan Bersatu ke dalam MN.

Untuk rekod, UMNO sebelum ini bersetuju menubuhkan kerajaan selepas kejatuhan kerajaan PH bersama Bersatu atas alasan perpaduan orang Melayu dan Islam.

Bagaimanapun, UMNO membuat pusingan-U susulan beberapa desakan melibatkan kumpulan Kluster Mahkamah terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dilayani, ia mengakibatkan seramai 15 Ahli Parlimen parti itu menarik sokongan sehingga tumbangnya kerajaan PN.

Muhyiddin bagaimanapun menamakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai penggantinya dan menerima persetujuan rakan parti dalam gabungan PN.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
21 jam lalu· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
1 jam lalu · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok