Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah

September 26, 2023 · Politik

Mahkamah Pilihan Raya Terengganu hari ini membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Kemaman Che Alias Hamid yang mewakili PAS pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Hakim Datuk Anselm Charles Fernandis berkata pihak pempetisyen iaitu Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil (pengundi) berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada PRU-15, lapor Bernama.

Mahkamah turut memerintahkan pihak responden membayar RM30,000 kepada pempestiyen.

“Saya mendapati rasuah dilakukan atas pengetahuan responden. Saya mengisytiharkan keputusan pilihan raya umum Kemaman yang diadakan pada 19 Nov (tahun lepas) adalah terbatal… Wang yang diberi adalah untuk mendorong undi.

“(Jika ini inisiatif kerajaan negeri) Saya menganggap selepas pilihan raya ia masih boleh berlaku, tetapi ia dibuat beberapa hari sebelum pilihan raya umum. Semua ahli politik harus tahu kesannya.

“Tidak dinafikan kerajaan negeri masih wujud pada masa itu (kerana PRU dan Pilihan Raya Negeri diadakan secara berasingan) tetapi itu tidak bermakna program seperti itu (agihan dana) perlu diadakan begitu hampir dengan tarikh PRU,” katanya.

Hakim itu berkata program tersebut perlu diadakan selepas atau sebelum tempoh kempen bagi mengelakkan unsur dorongan.

Program rasmi yang dikatakan dianjurkan kerajaan negeri Terengganu itu termasuk Bantuan i-Belia, i-Siswa dan sumbangan kepada orang kurang upaya serta asnaf.

Pempetisyen diwakili peguam Datuk Hafarizam Harun, Amin Othman, dan Norhazira Abu Haiyan, manakala Che Alias diwakili peguam Saifuddin Othman dan Wan Rohimi Wan Daud.

Sementara itu, Hafarizam ketika ditemui pemberita selepas prosiding itu berkata hakim telah memanggil peguam utama kedua-dua belah pihak ke dalam kamar dan memaklumkan bahawa beliau tidak akan memberi apa-apa penangguhan sehingga 3 Okt ini.

“Hakim akan melewatkan pemakluman kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selewatnya 3 Okt ini tentang keputusan beliau pada hari ini.

“Jika sehingga 3 Okt tiada permohonan untuk tangguh keputusan atau tiada rayuan (terhadap keputusan mahkamah hari ini), hakim akan maklum keputusan hari ini kepada SPR pada 3 Okt ini,” katanya.

Sementara itu, Wan Rohimi berkata pihaknya akan berbincang dengan pengurusan parti berhubung tindakan yang akan diambil, sama ada akan mengemukakan rayuan atau sebaliknya.

Pada PRU-15 November 2022, Che Alias memenangi kerusi Parlimen Kemaman selepas memperoleh 65,714 undi menewaskan Datuk Seri Ahmad Said yang mendapat undi sebanyak 38,535 dengan majoriti 27,179 undi.

Dua lagi calon yang bertanding di Parlimen itu, Rosli Ab. Ghani (Pejuang) dan Hasuni Sudin (Pakatan Harapan) masing-masing mendapat undi sebanyak 506 dan 8,340 undi.

Berita berkaitan
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023· Isu semasa
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023· Politik
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023· Politik
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
Popular
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
December 11, 2023
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023
Kampung Melayu lenyap: Apa motif DAP bawa pakar Singapura masuk KPKT?
January 21, 2023
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023
Lagi Politik terkini
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
1 jam lalu · Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
1 jam lalu · Politik
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
5 jam lalu · Politik
Isham dipecat kerana sudah melampaui batas, kata Khaled
December 9, 2023 · Politik
Zahid sahkan pembantu Najib dipecat daripada UMNO
December 9, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok