Kedudukan dalam Bersatu, Muhyiddin serah kepada MPT buat keputusan

March 10, 2023 · Politik

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedang berdepan tindakan bermotif politik daripada kerajaan campuran sedia menerima sebarang keputusan berhubung kedudukannya dalam Bersatu selepas ini.

Untuk rekod, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sedang berdepan 47 pertuduhan di mahkamah dan menjadi punca UMNO kalah tidak meletak jawatan, malah dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) selepas menyokong kerajaan campuran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Presiden Bersatu itu berkata akan membawa isu berhubung jawatannya dalam parti untuk dibincangkan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk memutuskan sama ada perlu berehat sementara bagi memberi laluan menghadapi pendakwaan terhadapnya.

“Saya akan bawa kedudukan saya pada MPT parti untuk mereka putuskan, kerana saya berbeza dengan Wan Saiful Wan Jan. Saya adalah Presiden dipilih oleh parti.

“Saya akan serah kepada MPT dalam tempoh paling dekat apa sahaja keputusan mereka buat saya akan akur,” katanya pada sidang media di luar Mahkamah Jalan Duta.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN itu mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan terhadap enam pertuduhan yang dikenakan membabitkan empat dakwaan menggunakan kedudukan mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua kesalahan pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta.

“Mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” kata Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi.

Mengikut kertas pertuduhan, tidak ada satu yang mengatakan wang dipercayai sumbangan politik itu masuk ke dalam akaun peribadi sebaliknya ia membabitkan wang dalam akaun parti.

Berita berkaitan
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
19 jam lalu· Politik
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
21 jam lalu· Politik
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
21 jam lalu· Politik
Kemboja pelawa Malaysia guna produk buluh tempatan, kata PMX
March 28, 2023· Isu semasa
Popular
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
March 28, 2023
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
March 28, 2023
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
March 28, 2023
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
March 28, 2023
Lagi Politik terkini
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
12 jam lalu · Politik
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
15 jam lalu · Politik
Bekas MP DAP dilantik Pengerusi SPAN semula
March 27, 2023 · Politik
Shahidan cadang pasport Rosmah juga dipulangkan sama seperti Zahid
March 27, 2023 · Politik
MCA kecam timbalan menteri DAP gagal jawab soalan di Parlimen
March 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
42 minit lalu
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok