‘Kami tak simpan duit parti, jam mewah di rumah, semua di bank’

February 5, 2023 · Politik

“Duit parti, kami simpan dalam akaun, ada keluar masuk, kami tulis elok-elok, tak simpan beratus-ratus juta wang tunai, jam mewah dalam rumah,” kata Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Membalas kenyataan Perdana Menteri yang meminta pimpinan tertinggi Bersatu menjelaskan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimana mampu mengumpul wang yang banyak dalam masa singkat, beliau berkata, tiada keperluan untuk menjelaskan secara terperinci kepada umum.

“Tentunya pihak berwajib, iaitu SPRM akan siasat. Kalau kita ingat dulu, bila diselongkar, ambil barangan, antaranya berkotak-kotak jam dan beratus juta wang tunai dalam rumah di Pavilion, kemudian mengaku kata itu duit parti.

“Itu baru seorang (pemimpin parti politik), belum lagi jika timbalannya juga simpan duit entah di mana. Kami, duit parti kami simpan dalam akaun, ada (rekod) keluar masuk,” katanya ketika ditemui pada Kenduri Kesyukuran Perikatan Nasional (PN) Tambun, hari ini (5 Februari 2023).

Ahmad Faizal yang juga Timbalan Pengerusi PN sebelum ini mengakui parti memang ada mendapat sumbangan besar daripada entiti korporat dan entiti perniagaan yang semua itu direkodkan apabila melalui akaun bank.

“Sebelum ini kita dapat sumbangan yang besar daripada orang ramai, pihak korporat, orang berniaga yang bagi sumbangan kepada parti. Bezanya kita masukkan dalam akaun, ditunjukkan dengan jelas, tapi ini dikaitkan pula perkara tidak baik,” katanya meurut BH.

SPRM pada Rabu lalu mengesahkan membekukan beberapa akaun milik Bersatu, dikatakan bagi membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram.

Pembekuan dibuat sehari selepas parti itu mendedahkan penyata akaunnya kepada umum.

Betulkah dalam akaun Bersatu ada sehingga RM4 bilion? Lihat penyata 

Pemimpin kanan Bersatu bagaimanapun, melihat tindakan membekukan beberapa akaun milik Bersatu dianggap sebahagian agenda pihak tertentu untuk memberi persepsi buruk kepada PN, khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Ketua Bersatu Bahagian Maran, Datuk Jasri Jamaludin berkata agenda itu bagi menutup kelemahan kerajaan PH-BN yang belum berjaya menangani isu-isu membelenggu rakyat, terutama kos sara hidup yang semakin membebankan.

Katanya, melalui strategi itu mereka berharap dapat memberi persepsi buruk kepada PN, terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

“Mereka tahu sokongan dan gelombang kebangkitan rakyat masih bersama PN. Oleh itu pihak terbabit terpaksa mencipta agenda bagi memburukkan PN,” katanya.

Pada masa sama, bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Kelapan, Datuk Dr Marzuki Mohamad berkongsi penyata akaun yang sudah diaudit di sebalik pelbagai dakwaan mengaitkan kononnya parti itu menerima RM4 bilion daripada RM92.5 bilion dana Pakej Rangsangan Ekonomi.

“Bagi yang tuduh Bersatu terima RM4 bilion dari RM92.5 bilion dana Pakej Rangsangan Ekonomi boleh lihat penyata akaun parti tahun 2020 dan 2021 yang telah diaudit.

“Akaun yang diaudit ini telah dibentangkan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu. Ia telah difailkan di ROS dan merupakan dokumen awam. Tak boleh tipu punya,” katanya.

Berita berkaitan
KWSP: Seorang pencarum berjalan dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran
March 29, 2023· Isu semasa
Anwar menghadap Raja Kemboja semasa lawatan rasmi
March 27, 2023· Isu semasa
Zahid dapat pasport semula secara kekal, tidak dibantah pendakwa
March 27, 2023· Politik
Armada Bersatu dakwa Guan Eng dan PMX kelirukan dewan, buat laporan polis
March 24, 2023· Politik
Popular
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
March 30, 2023
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
March 31, 2023
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
March 30, 2023
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
March 30, 2023
Lagi Politik terkini
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
6 jam lalu · Politik
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
15 jam lalu · Politik
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
17 jam lalu · Politik
Larangan terhadap MB Kedah: PH-BN bawa landskap politik lapuk
18 jam lalu · Politik
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok