Kalau dia luar biasa, kerajaan tambah kukuh: kata Puad kepada Asyraf

June 3, 2023 · Politik

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Puad Zakashi mempertahankan kritikannya terhadap pakar formula, Rafizi Ramli walaupun ditegur oleh rakan satu parti, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO itu menegur Puad kerana mengkritik Timbalan Presiden PKR itu dengan memintanya jangan menembak kaki sendiri kerana menyerang pemimpin daripada parti lain dalam kerajaan campuran.

“Saya dituduh tembak kaki sendiri. Apakah meminta Rafizi mengemukakan formula yang realistik dan luar biasa dianggap tembak kaki sendiri?

“Apakah mendesak menteri supaya ‘perform’ dianggap tembak kaki sendiri? Apa salahnya Rafizi ditegur. Kalau dia luar biasa, Kerajaan Perpaduan tambah kukuh,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Puad juga mempersoalkan maksud tembak kaki sendiri yang dikatakan Asyraf dan menjelaskan beliau bukan mahu mengambil tugas menghasut yang sebelum ini dimainkan oleh Rafizi semasa dalam pembangkang dahulu.

“Apa maksud tembak kaki sendiri. Tidak boleh dikritik? Tidak boleh ditegur? Tidak boleh beri pandangan? Tugas saya bukan menghasut. Saya tidak ambil pun tugas lama Rafizi.

“Tembak kaki sendiri ialah bila menteri tidak perform, gagal buat benda luar biasa dan formulanya tidak boleh dipakai. Itu lemahkan kerajaan.

“Saya boleh dituduh tembak kaki sendiri bila takut bersuara dan kelemahan dibiarkan berleluasa. Sebab itu saya lain dari yang lain,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Puad berkata sehingga kini masih belum ada langkah signifikan dilakukan Rafizi.

“Rakyat belum nampak langkah signifikan yang Rafizi buat untuk ekonomi negara.

“Sekurang kurangnya polisi baru ‘ekonomi rakyat’. Mana dia dasar yang lebih baik daripada BRIM (Bantuan Rakyat 1Malaysia),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Puad mempersoalkan persiapan Rafizi sebagai menteri dan menyindirnya susulan memiliki banyak formula ketika menjadi pembangkang.

“Apakah Rafizi tiada persiapan untuk jadi menteri. Itu masalahnya bila banyak sangat formula sebelum jadi Menteri. Bila jadi menteri tidak boleh biasa biasa. Mesti luar biasa.

“Jangan nanti rakyat kata ‘Rafizi turun, ringgit naik’. Agaknya itu punca timbul cerita akan berlaku rombakan kabinet. Menteri kena luar biasa untuk pertahankan kerajaan perpaduan,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
23 jam lalu· Politik
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023· Politik
Bukan mahkamah bebaskan Zahid tapi pendakwa raya tarik pendakwaan: Idris
September 22, 2023· Politik
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023· Isu semasa
Popular
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
23 jam lalu · Politik
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023 · Politik
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023 · Politik
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023 · Politik
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
19 jam lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok