‘Jika RoS laju buat kerja pindaan perlembagaan UMNO cepat lulus’

May 18, 2022 · Politik

UMNO berpendapat pindaan perlembagaan parti itu yang persetujui Perhimpunan Agung UMNO Khas, Ahad lalu (15 Mei), dapat diluluskan segera jika Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bekerja dengan pantas.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pihaknya telah menghantar surat permohonan bagi kelulusan pindaan perlembagaan itu kepada RoS semalam (17 Mei).

Menurutnya, surat berkenaan ditandatangani beliau sendiri dan berharap memperoleh kelulusan dengan segera.

“Kita hantar pukul 2 petang hari ini secara bertulis. Dan kita hantar sebelum pejabat RoS tutup,” katanya memetik laporan Utusan hari ini.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, permohonan berkenaan sepatutnya mendapat kelulusan dan tidak akan menimbulkan sebarang pertikaian kerana apa yang dimohon UMNO adalah sama dengan apa yang diluluskan terhadap MCA baru-baru ini.

“Pindaan kami lebih kurang serupa dengan apa yang diluluskan oleh RoS terhadap MCA, jadi ia bukan perkara baharu. Saya harap RoS tidak akan mengambil masa yang panjang sebab pindaan itu serupa dengan perlembagaan MCA.

“Saya kira jabatan kerajaan ini laju buat kerja, jadi bolehlah luluskan dengan cepat, sebab kalau MCA boleh lulus, kenapa UMNO tidak boleh lulus,” katanya.

Pindaan Perlembagaan itu melibatkan 3 Fasal iaitu Fasal 10.16, 15.3 dan 18.2 yang kesemuanya melibatkan penangguhan pemilihan di semua peringkat Majlis Kerja Tertinggi, Bahagian dan Cawangan.

Pindaan ini memberi kuasa kepada MKT UMNO untuk menangguhkan pemilihan di peringkat MKT, Bahagian dan Cawangan tidak lebih daripada lapan belas (18) bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan atau tidak lebih daripada enam (6) bulan selepas diadakan sesuatu Pilihan Raya Umum Parlimen (Dewan Rakyat) yang mana terkemudian.

Tarikh Pilihan Raya Umum Parlimen (Dewan Rakyat) yang dinyatakan dalam Fasal 10.16.1 adalah seperti yang dinyatakan dalam writ yang dikeluarkan mengikut Seksyen 12 Akta Pilihan Raya 1958 atau mana-mana undang-undang yang terpakai bagi tujuan yang sama.

Antara perkara yang diluluskan RoS terhadap pindaan MCA pula ialah menambah klausa dalam perlembagaan parti dengan membenarkan penyertaan ahli-ahli daripada bukan berbangsa Cina untuk menjadi Ahli Bersekutu.

Selain itu, pemilihan parti perlu diadakan dalam masa enam bulan selepas PRU, atau selepas 36 bulan daripada pemilihan parti terdahulu, bergantung kepada mana yang lebih lewat, serta berkenaan kuorum mesyuarat, setelah dipinda, perlembagaan parti menetapkan bahawa mana-mana mesyuarat yang ditangguhkan mestilah mempunyai kuorum minimum seramai tujuh orang.

Berita berkaitan
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
2 jam lalu· Politik
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
13 jam lalu· Politik
Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
May 28, 2023· Politik
Jangan perasan, Zahid sindir Hadi
May 28, 2023· Politik
Popular
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
May 29, 2023
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
May 29, 2023
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
May 29, 2023
Jamal disaman RM1 juta berhubung isu ‘pengundi hantu’ semasa PAU
May 29, 2023
Lagi Politik terkini
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
3 jam lalu · Politik
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
5 jam lalu · Politik
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
7 jam lalu · Politik
Jamal disaman RM1 juta berhubung isu ‘pengundi hantu’ semasa PAU
9 jam lalu · Politik
Kes RM27 juta SRC: Peguam Najib minta segera perbicaraan jika kes tak digugurkan
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Menuduh tanpa bukti tak adil, rakyat akan sedar penipuan Anwar
41 minit lalu
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok