Jangan diulang peristiwa 13 Mei, pesan Hadi

June 7, 2023 · Politik

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini mengingatkan semua pihak bahaya konsep sekuralisme dan Malaysian Malaysia yang dibawa DAP, didakwanya boleh mencetuskan ketegangan kaum dan agama di negara ini.

Malah katanya ketika konsep itu mula diperkenalkan di Singapura pun berlaku ketegangan meski PAP dapat menguasai Singapura kerana kedudukan majoriti kaum pendatang mengatasi majoriti Melayu Islam.

“…meski menang…namun keadaan mereka (PAP) tidak selamat kerana berada di tengah-tengah jumlah umat Islam terbesar di Nusantara. Malaysia pernah mengalami peristiwa 13 Mei 1969 yang menjadi sejarah hitam dalam hubungan masyarakat majmuk. Maka, peristiwa hitam itu jangan diulang sekali lagi dengan membawa agenda yang salah.

“Teruskan sahaja penyelesaian yang ada dan kepimpinan Melayu Islam tanpa diganggu-gugat. Penyelesaian yang memberikan hak kemanusiaan secara tabii, kemanusiaan bermasyarakat majmuk yang beraqidah ketuhanan yang melimpah dengan keadilan dan rahmat-Nya kepada seluruh manusia tanpa paksaan menganut Islam,” katanya dalam catatan terbaharu Minda Presiden PAS, hari ini.

Katanya lagi, parti serpihan PAP itu ditubuhkan untuk menggantikan parti berasaskan kaum – MCA dan MIC di Malaysia selain cuba merosakkan keharmonian yang sudah dipupuk dengan baik di negara ini.

“Kaum Cina dan India jangan tertipu oleh DAP. DAP yang ditubuhkan selepas negara ini mencapai kemerdekaan cuba menggantikan MCA dan MIC yang telah ditubuhkan sejak belum kemerdekaan lagi. DAP kemudiannya cuba merungkai hubungan masyarakat majmuk yang telah bertapak dengan harmoni tanpa paksaan beragama Islam walaupun disebutkan Islam itu agama bagi Persekutuan.

“Apabila DAP membawa agenda baharu Malaysian Malaysia dan prinsip sekularisme yang memisahkan agama daripada urusan politik, ekonomi dan lain-lain, perkara itu merupakan suatu usaha untuk merungkai semula apa yang telah diikat dengan baik.

“Mungkin generasi muda daripada kalangan kaum Cina dan India tidak perasan dengan langkah yang sumbang ini kerana kebanyakan mereka lahir selepas kemerdekaan,” katanya.

Menurutnya, di negara ini golongan bukan Islam dan kaum lain diberikan tempat secukupnya malah mereka tidak dihalau secara paksaan namun orang Melayu sering digambarkan sebagai kaum yang rasis.

“Sepatutnya (orang) bukan Islam itu menghargai sumbangan negara ini yang memberikan tempat kepada mereka. Bahkan, mereka wajib menerima hakikat bahawa kebanyakan negara di dunia tidak memberikan tempat kepada sesiapa yang bukan penduduk asal dan tidak menganut ideologi negaranya, namun sebaliknya Islam memberikan hak yang adil kepada penduduk bukan Islam yang tidak menganut Islam.

“Kedudukan Islam  yang dianut oleh rumpun Melayu dengan akrab tidak  boleh dicabar sewenang-wenangnya. Malah, sepatutnya sikap toleransi yang diberikan kepada mereka itu hendaklah dihormati.

“Bagi menjaga hubungan kemanusiaan dan menegakkan adil kepada semua, maka kepimpinan Islam yang bertaqwa adalah diwajibkan. Taqwa tidak terdapat dalam mana-mana ideologi sekularisme yang tidak dipandu oleh agama, khususnya agama Tauhid (ketuhanan Allah yang Maha Esa),” katanya.

Berita berkaitan
Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy
September 22, 2023· Politik
Bukan mahkamah bebaskan Zahid tapi pendakwa raya tarik pendakwaan: Idris
September 22, 2023· Politik
Kes rasuah Zahid ditarik balik, kenapa DAP senyap sahaja? soal Tuan Ibrahim
September 8, 2023· Politik
Sampai bila UMNO hanya mahu jadi penumpang kuasa: Tajuddin
August 29, 2023· Politik
Popular
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
23 jam lalu · Politik
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
23 jam lalu · Politik
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023 · Politik
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023 · Politik
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
19 jam lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok