Disekat gara-gara kritik kerajaan, Fahmi ditempelak

August 11, 2023 · Politik

Dua personaliti politik yang disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) gara-gara mengkritik kerajaan hari ini tampil menempelak Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju tiga penggal, Wee Choo Keong dan pengguna Twitter, Salim Iskandar mengadakan sidang media bersama peguam, Rafique Rashid Ali.

Wee memaklumkan sudah memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah untuk membatalkan keputusan SKMM itu.

Tarikh perbicaraan dijadualkan 30 Ogos depan, lapor Malaysiakini.

Menurut Wee haknya dinafikan apabila SKMM menyekat akses ke laman webnya bulan lalu tanpa makluman.

“Sebelum anda mengambil tindakan, saya mesti mempunyai hak untuk didengar. Jika tidak, kita lebih teruk daripada Korea Utara.

“Proses wajar (dalam undang-undang) adalah satu kemestian. Isu utama di sini ialah mereka menafikan saya hak saya untuk keadilan semula jadi,” katanya yang juga seorang penulis blog dengan lebih 1,000 artikel dalam tempoh 18 tahun ini.

Sementara itu, Salim membidas kenyataan Fahmi semalam yang menjelaskan beliau tidak tahu soal tindakan terbaru SKMM menyekat portal berita UtusanTV.

“Bolehkah kita mempercayainya? Fahmi Fadzil dikenali sebagai salah seorang menteri yang paling aktif di media sosial.

“Seperti ketika kejadian band The 1975 berlaku pada waktu sebelah malam, keesokan harinya dia mengambil tindakan (membatalkan Pesta Good Vibes).

“Kenapa dia tidak boleh melakukan perkara yang sama untuk kita,” kata Salim.

Menurut Salim, SKMM sejak Rabu telah menyekat dua nombor telefon bimbitnya tanpa notis terlebih dahulu, lebih sebulan selepas dia menghadapi siasatan polis berhubung ciapan di Twitter yang menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Walaupun undang-undang tidak menghendakinya, ia sepatutnya menjadi budi bicara untuk SKMM memaklumkan kepada kami sebab mengapa kami disekat,” katanya.

Portal MalaysiaNow sebelum ini melaporkan Salim telah menyiarkan dua ciapan yang mempersendakan kedudukan Anwar dalam poster kempen pilihan raya negeri yang memaparkan dia di belakang seorang calon.

Kumpulan prokebebasan media telah menggesa SKMM supaya telus dalam tindakannya susulan sekatan terhadap laman web termasuk akses ke portal UtusanTV.

Berita berkaitan
Wartawan dan kumpulan media bidas SKMM beri tekanan terhadap portal berita
September 25, 2023· Isu semasa
Fahmi puji lantikan Chun Wai sebagai Pengerusi Bernama baharu
September 12, 2023· Isu semasa
Tokoh wartawan kanan zahir kebimbangan SKMM digunakan untuk sekat berita
August 30, 2023· Isu semasa
Tiada tindakan diambil terhadap Fahmi berkempen di masjid: MAIS
August 29, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
3 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok