Hanya perang saraf UMNO selepas kalah, kata Hadi

March 19, 2023 · Politik

Petisyen difailkan untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi Parlimen Marang hanya perang saraf UMNO, kata Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang itu menyifatkan UMNO cuba memenangi pilihan raya menerusi cara menggunakan mahkamah selepas kalah dalam PRU-15 lalu selepas selesai memberi keterangan selama sejam di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.

“Tak ada apa, biasa (dan) saya jawab semua soalan peguam kita (responden) dan peguam dia (pempestiyen).

“Insya-Allah kerana ia tak membabitkan kesalahan undang-undang pilihan raya, (ia) lebih berlaku dari segi perang saraf kerana UMNO tak menang melalui pilihan raya tetapi nak menang melalui mahkamah,” katanya.

Hadi hari ini memberi keterangan pada perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hassan Abdul Ghani yang bersidang sebagai Hakim Pilihan Raya.

Sementara itu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang bertindak sebagai peguam mewakili Abdul Hadi berkata, pihak responden sudah selesai memanggil ketiga-tiga saksi mereka dengan Ahli Parlimen Marang itu adalah saksi terakhir.

Katanya, ketika ini, pihak pempestiyen belum selesai memanggil saksi bagi pihak mereka.

“Mereka kemukakan saksi (dan apabila selesai), kemudian kita akan berhujah,” katanya.

Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 12 Februari lalu menolak bantahan awal yang dikemukakan Abdul Hadi untuk membatalkan petisyen keputusan PRU-15 bagi Parlimen Marang yang difailkan calon BN.

Hassan kemudian menetapkan 6 hingga 21 Mac sebagai tarikh perbicaraan penuh bagi petisyen berkenaan.

Pada 3 Januari lalu, Badan Perhubungan UMNO Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman.

Petisyen membabitkan tiga Parlimen itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Berita berkaitan
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
15 jam lalu· Isu semasa
Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan
22 jam lalu· Isu semasa
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
22 jam lalu· Politik
Pemilihan UMNO: PMX ucap tahniah kepada Zahid walaupun tak bertanding
22 jam lalu· Politik
Popular
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
March 20, 2023
Lagi Politik terkini
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
12 jam lalu · Politik
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
15 jam lalu · Politik
Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan
17 jam lalu · Politik
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
19 jam lalu · Politik
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
15 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok