Hamzah bersumpah tiada kaitan dengan kes rasuah RM15 juta

August 10, 2023 · Politik

Datuk Seri Hamzah Zainuddin malam ini bersumpah di hadapan pengundi dan penyokong di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang bahawa beliau tiada kaitan dengan pertuduhan kes rasuah RM15 juta seperti didakwa sebelum ini.

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) itu sedang mempertimbangkan untuk menyaman kerajaan Malaysia atas dakwaan tersebut.

“SPRM buat satu pertuduhan terhadap seorang yang bernama Sim Choo Tiam yang menerima wang sebanyak RM15 juta daripada Hep Kim Hong yang merupakan Pengarah Urusan Asia Coding Centre Sdn Bhd melalui Syed Abu Zafran Syed Ahmad sebagai dorongan untuk seorang pegawai badan awam iaitu Datuk Seri Hamzah Zainudin yang merupakan Menteri Dalam Negeri (ketika itu).

“Saya bersumpah dengan nama Allah, saya langsung tidak ada kena mengena dengan kes ini.

“Saya nak tanya dengan pengundi Hulu Kelang ini, apakah patut saya  saman kerajaan Malaysia? Kalau semua setuju, insya-Allah saya akan umumkan malam esok di shah alam. Saya akan berjumpa dengan peguam saya, esok dan umumkan malam esok apa yang akan kita lakukan kepada kerajaan yang menzalimi, memfitnah,” katanya ketika berkempen di Taman Melawati, malam ini.

Beliau turut meminta penyokong yang hadir mendoakan agar apa saja keputusannya nanti akan menjadi titik tolak kepada masa depan negra.

“Saya mahu saudara-saudara berdoa kepada Allah agar segala fitnah, segala kezaliman yang dilakukan oleh PM ini akan menjadi sesuatu titik tolak kepada masa depan kita apabila saya saman nanti.

“Supaya rakyat mengetahui bahawa inilah pemimpin yang penuh dengan kezaliman dalam negara kita. Kita tolak pemimpin seperti ini,” katanya.

Pada 10 Mei lalu, Datuk Seri Sim Choo Thiam, 54 berdepan pertuduhan meminta rasuah dan tiga pertuduhan menerima rasuah membabitkan RM15 juta yang kononnya berlaku dua tahun lalu.

Bagi pertuduhan pertama, Sim didakwa meminta suapan wang berjumlah RM15 juta daripada Pengarah Urusan Asia Coding Centre Sdn Bhd, Hep Kim Hong melalui Syed Abu Zafran Syed Ahmad pada Jun 2021.

Ia sebagai dorongan untuk menteri KDN ketika itu untuk membantu syarikat tersebut mendapatkan apa-apa projek milik agensi di bawah KDN pada Jun 2021.

Berita berkaitan
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
16 jam lalu· Politik
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
22 jam lalu· Politik
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023· Politik
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023· Isu semasa
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
October 2, 2023
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
October 3, 2023
Lagi Politik terkini
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
3 jam lalu · Politik
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
15 jam lalu · Politik
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023 · Politik
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
October 1, 2023 · Politik
Buat kali pertama, DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang
October 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok