Guan Eng yang terpalit ‘scam’ vaksin dakwa Agong setuju cadangan moratorium DAP

June 11, 2021 · Politik

Lim Guan Eng yang sebelum ini terpalit dengan penipuan “scam” vaksin mendakwa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersetuju dengan cadangan DAP supaya moratorium automatik diberikan kepada orang ramai.

Setiausaha Agung DAP itu berkata cadangan berhubung moratorium itu disampaikan semasa menghadap Agong tempoh hari dan juga mendakwa Agong bersetuju walaupun belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Istana Negara berhubung sebarang cadangan yang diberikan oleh wakil-wakil parti politik.

“(Ketika itu) saya telah membangkitkan masalah kewangan yang dihadapi oleh rakyat biasa yang memerlukan bantuan kerajaan untuk meneruskan kehidupan.

“Agong setuju dengan moratorium automatik pinjaman bank (kecuali kumpulan T20) tanpa menyebut tempoh tertentu dan lebih banyak bantuan kewangan untuk menyelamatkan pekerjaan dan perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan lapor Malaysiakini hari ini.

Untuk rekod, pertemuan antara Agong dengan wakil parti politik masih berjalan dan tiada sebarang kenyataan rasmi mengenai cadangan yang diterima atau ditolak oleh pihak Istana Negara.

Kenyataan Guan Eng seakan cuba membelakangi Istana Negara dengan mengeluarkan kenyataan terlebih dahulu awal.

Sebelum ini, pemimpin DAP itu terpalit dengan skandal “scam” vaksin yang didakwa mahu menderma vaksin kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagaimanapun siasatan mendapati wujud penipuan disebalik derma tersebut.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow juga terpaksa meminta maaf berhubung isu tersebut kepada Kerajaan Pusat atas dakwaan awalnya mengatakan cuba menggagalkan derma dari sebuah syarikat swasta itu.

Ketika ini, pihak bank memberikan pilihan moratorium pinjaman selama tiga bulan atau pengurangan pembayaran balik sebanyak 50 peratus selama enam bulan kepada golongan B40, mereka yang kehilangan pekerjaan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang tidak dapat beroperasi semasa sekatan pergerakan penuh.

Peminjam perlu membuat permohonan untuk mendapatkannya.

Pada Rabu, Yang di-Pertuan Agong memanggil wakil-wakil parti ke Istana Negara, ia bermula dengan pertemuan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, disusuli Anwar dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin parti lain.

Pertemuan itu dijalankan bagi mendapatkan maklum balas mengenai usaha memerangi wabak Covid-19 sejak darurat diisytiharkan awal tahun ini.

Blok pembangkang sebelum ini membuat desakan supaya Agong menamatkan Pengisytiharan Darurat dan mahu sidang Parlimen dibuka atas alasan kononnya mahu menangani penularan pandemik Covid-19.

Januari lalu, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Tuanku memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19 selepas menerima menghadap Muhyiddin di Istana Negara, 11 Januari lalu.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
11 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok