GPS tak hantar jentera bantu kerajaan campuran pada PRN, hantar wakil sahaja

July 16, 2023 · Politik

Tiada jentera akan dihantar Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk membantu parti dalam kerajaan campuran semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata tidak akan membantu secara langsung kempen jentera kerajaan campuran tetapi akan menghantar wakil bagi mengiringi calon parti Kerajaan Perpaduan di enam negeri itu pada hari penamaan calon, 29 Julai ini.

Beliau berkata, lima menteri dan enam timbalan menteri daripada GPS yang berada dalam kabinet Persekutuan pula akan membantu menerusi tugas mereka di kementerian masing-masing.

“Kita (GPS) tidak akan menghantar jentera kempen, tetapi kita ada 11 wakil dalam kabinet Persekutuan yang akan membantu rakan-rakan parti Kerajaan Perpaduan.

“Fadillah (Datuk Seri Fadillah Yusof) sebagai Timbalan Perdana Menteri pastinya memikul tanggungjawab untuk seluruh negara, Datuk Tiong (Datuk Seri Tiong King Sing) Menteri Pelancongan Malaysia tentunya mahu memberi tumpuan kepada sektor pelancongan misalnya memastikan Langkawi terus menjadi lokasi tumpuan di negara ini.

“Nancy (Datuk Seri Nancy Shukri) pula memberi tumpuan kepada kebajikan seluruh negara, manakala Datuk Rubiah Wang sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah akan memainkan peranan sesuai dengan tanggungjawab kementeriannya,” katanya dipetik laporan BH.

GPS terdahulu mengadakan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) bagi membincangkan berhubung PRN di enam negeri.

Abang Johari yang juga Pengerusi GPS berkata, faktor lain pihaknya tidak menghantar jentera kempen adalah mereka kurang arif dengan isu di Semenanjung.

“Tetapi kita mahu membawa mesej (menerusi menteri dan timbalan menteri) perkara penting yang perlu ditekankan ialah perlunya semua negeri itu memiliki kerajaan negeri yang stabil,” katanya.

Selain Fadillah, empat lagi Ahli Parlimen GPS berjawatan Menteri ialah Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Datuk Seri Tiong King Sing, Datuk Seri Nancy Shukri dan Datuk Aaron Ago Dagang.

Enam Timbalan Menteri pula, Datuk Rubiah Wang, Datuk Hanifah Hajar Taib, Datuk Hasbi Habibullah, Datuk Seri Huang Tiong Sii, Lukanisman Awang Sauni dan Datuk Wilson Ugak Kumbong.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok