Faekah kata Anwar patut ambil gaji PM

August 11, 2023 · Politik

Bekas Setiausaha Politik Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid, Faekah Husin mencadangkan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil gajinya sebagai Perdana Menteri.

Namun katanya, Pengerusi PH itu perlu menolak semua elaun yang diterima didakwa mencecah ratusan ribu ringgit.

“Jadi Perdana Menteri tak apa, ambillah gaji. Elaun itu jangan ambil masuk dalam (akaun), buat satu pentadbiran reformasi yang boleh dicontohi di negeri dan Persekutuan. Itu caranya.

“Bukan ‘gebang’ kata tak ambil gaji selepas itu elaun beratus-ratus ribu you simpan diam-diam. Bukan itu caranya,” katanya ketika berucap pada Ceramah Mega Selangor Baharu di Kampung Bendahara, Selangor, malam ini.

Untuk rekod, Anwar sebelum ini lantang menegaskan beliau tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri dan  Menteri Kewangan yang disandangnya.

Sebelum itu, Faekah mendedahkan bekas bosnya, Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mengambil sebarang elaun yang diterima daripada semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi jawatan-jawatan yang dipegangnya ketika menjadi Menteri Besar Selangor pada 2008-2014.

Menurut Faekah, Allahyarham memaklumkan beliau sudah cukup menerima gaji sebagai menteri besar ketika itu.

Malah kata Faekah, Allahyarham meletakkan kesemua elaun tersebut di bawah Perbadanan Menteri Besar (MBI) untuk didermakan kepada program parti di bawah Pakatan Rakyat ketika itu.

“Elaun pengarah, elaun pengerusi GLC dia tak ambil. Dia buka satu akaun di MBI, dia masukkan semua duit dapat daripada PKNS, KDEB, PNSB, kumpulan hartanah, UNISEL, KUIS…semua itu dia pengerusi, lembaga pengarah. Dia masukkan semua duit itu dalam MBI.

“Semua program parti di bawah Pakatan Rakyat – PKR dan juga PAS dia akan bagi derma. Sayalah tukang bawa RM30,000 bagi kepada PAS. Tunai. Apabila PAS nak buat muktamar. PKR buat konvensyen, kongres nasional di Armada MBI bayar RM108,000.

“Betullah Amir (Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari) kata dia sebulan dapat elaun (MBI) RM79,000 bezanya Amir masuk poket. Tan Sri tak, dia masuk akaun. Duit itu yang digunakan untuk bayar semua program parti. Dia tak pakai.

“Saya tanya kenapa tak guna untuk diri sendiri, dia kata saya tak nak guna (elaun) kerana saya ada gaji. Inilah bezanya,” katanya.

Dalam ceramah sama, beliau sempat melahirkan kekecewaan terhadap PKR hari ini yang tetap mengulang perkara sama dilakukan pemerintah terdahulu yang menafikan hak calon untuk berkempen di tempat yang sudah dipersetujui.

Ia berikutan lokasi ceramah kempen calon PN di Port Klang semalam terpaksa diubah pada saat akhir hingga beliau terpaksa berceramah di atas lori.

“Saya beritahu kepada calon PKR Aznizam. Kita sama-sama diburu 25 tahun (lalu) oleh polis, FRU…sama-sama dikacau baju hitam UMNO, saya sungguh tak sangka PKR melakukan perkara yang sama.

“Ini memang kena pukul mati. Bagaimana? Kita wajib kalahkan Pakatan Harapan dan BN di Selangor. Mereka angkuh, tersangat angkuh dah. Ugut JMB agar batalkan ceramah saya.

“Nak takut apa? Semua penceramah wanita. Saya tak ada jawatan, saya bukan sesiapa. Saya cuma bersama-sama untuk berkongsi apa yang TS Khalid telah lakukan dan hadapi dulu.

“Semalam saya berceramah betul-betul di tepi jalan, atas lori, dalam gelap, banyak serangga masuk hidung, tekak, dalam tudung. Tapi hikmahnya, orang berhenti dengar ceramah kita,” katanya.

Berita berkaitan
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
2 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
2 jam lalu· Politik
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
15 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan sedaya upaya tangani isu bekalan beras, kata PMX
15 jam lalu· Isu semasa
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
October 2, 2023
Kes Muhyiddin digugurkan, pendakwa gagal nyatakan butiran kesalahan dilakukan
August 15, 2023
Lagi Politik terkini
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
14 jam lalu · Politik
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
15 jam lalu · Politik
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
22 jam lalu · Politik
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023 · Politik
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok