Enggan ikut Anwar lagi, Amanah kaji semula MoU dengan Ismail Sabri

December 6, 2021 · Politik

Tidak mahu lagi diperbodohkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi punca UMNO kembali dominan di Putrajaya, Parti Amanah mahu mengkaji semula Memorandum Persefahaman (MoU) dengan kerajaan yang ditandatangani sebelum ini.

Untuk rekod, Anwar bersekongkol dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kemudiaan ditipu anak muridnya yang pada awalnya berjanji untuk melantiknya menjadi Perdana Menteri (PM).

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata mereka akan mengkaji semula MoU yang dipelopori Anwar dengan Ismail Sabri sebelum ini sekiranya kumpulan kleptokrat kembali berkuasa dalam kerajaan pusat kini.

“Amanah ingin menegaskan bahawa sekiranya golongan kleptokrasi dilihat kembali berpengaruh ke atas pentadbiran kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri, maka Amanah akan mengesyorkan supaya Pakatan Harapan (PH) mengkaji kembali keabsahan MoU yang telah ditandatangani,” katanya dalam satu kenyataan.

MoU dengan kerajaan Ismail Sabri ditandatangani PH yang mengikut cakap Anwar menjatuhkan Muhyiddin dari parti Bersatu dan memberi laluan UMNO kembali berkuasa, ia juga adalah MoU sama yang ditawarkan Muhyiddin.

Bagaimanapun, Anwar lebih sayang dan percaya kepada UMNO apabila sanggup bekerjasama dengan menandatangani MoU dengan kerajaan Ismail Sabri berbanding dipimpin Muhyiddin.

Hasilnya, beberapa keistimewaan mula dinikmati kumpulan Kluster Mahkamah, ia termasuk beberapa kelonggaran dan sudah beberapa kali perbicaraan ditangguhkan atas alasan yang tidak munasabah.

MoU yang ditandatangani tidak mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada rakyat, malah yang menerima faedah adalah kumpulan kluster mahkamah dan terbaharu Najib bakal diberikan hadiah tanah bernilai RM100 juta.

MOU juga gagal apabila matlamat utamanya untuk menstabilkan politik negara tidak berjaya selepas tercetusnya satu lagi kemelut di Melaka sehingga diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Putrajaya dan PH menandatangani MoU pada 13 September lalu yang menyaksikan kedua-dua pihak mencapai persefahaman dalam beberapa aspek bagi mencapai kestabilan politik dalam negara.

Melalui MOU itu kerajaan menjanjikan beberapa pembaharuan termasuk reformasi Parlimen, Undi18, had jawatan seseorang PM dan kebebasan badan kehakiman.

Sebagai balasan, PH yang menjadi blok pembangkang terbesar di Dewan Rakyat akan menyokong atau berkecuali dalam undian Bajet 2022 dan undang-undang perbekalan atau kewangan berkaitan dengannya.

Berita berkaitan
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
11 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok