Bung Moktar tak puas hati terhadap Anwar, kecewa BN Sabah dipinggir

December 3, 2022 · Politik

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin kecewa kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim meminggirkan Barisan Nasional (BN) negeri itu dalam barisan Kabinet Kerajaan Persekutuan, yang diumumkan malam tadi.

Dalam satu kenyataan, Bung Moktar mengingatkan Anwar bahawa BN Sabah adalah yang terawal memberi sokongan kepadanya sebagai Perdana Menteri kesepuluh, namun kini parti itu dipinggirkan dalam pembentukan Kabinet Kerajaan Persekutuan.

Barisan Jemaah Menteri yang diumumkan Anwar malam tadi (2 Disember 2022) menyaksikan tiada seorang pun Ahli Parlimen BN Sabah yang dilantik sebagai menteri penuh bagi mewakili negeri itu.

Keputusan Anwar itu, menurut Bung, seolah-olah meminggirkan BN Sabah yang mempunyai tujuh ahli Parlimen selain menjadi penyokong terawal kepada pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Ke-10.

“Pembentukan Kabinet baharu Kerajaan Perpaduan Persekutuan ini nampaknya menyaksikan Sabah dipinggirkan dalam perlantikan portfolio khususnya wakil daripada BN Sabah yang memberikan komiten awal bersama BN Pusat untuk menyokong Pakatan Harapan menjadi kerajaan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

“Tiada seorang pun daripada tujuh Ahli Parlimen BN dilantik sebagai menteri penuh. Jumlah itu juga dilihat tidak seimbang berbanding negeri jiran, Sarawak yang mendapat lima portfolio termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kedua,” katanya menurut Awani.

Beliau turut menyifatkan perlantikan Datuk Ewon Benedick sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, dan Datuk Armizan Mohd Ali (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Sarawak)) bagi mewakili negeri itu sebagai tidak seimbang jika dibandingkan dengan Sarawak yang diberikan lima portfolio kementerian termasuk Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Armizan yang juga Naib Ketua Penerangan Bersatu Sabah mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang di Parlimen Papar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), manakala Ewon yang juga Presiden UPKO mewakili Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Penampang.

Dalam pada itu, Bung Moktar berharap keputusan Anwar itu tidak bermaksud meminggirkan Sabah dalam aspek pembangunan terutamanya melibatkan hal berkaitan perlaksanaan projek infrastruktur di negeri tersebut selain mengingatkan kerajaan baharu itu agar mempercepatkan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang tergendala sewaktu pemerintahan PH pada 2018.

“Kita tidak mahu Sabah sekali lagi dipinggirkan dalam aspek pembangunan terutama pelaksanaan projek infrastruktur yang penting untuk kemudahan rakyat negeri ini.

“Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah umpamanya mesti diteruskan dan dipercepatkan. Kita tidak mahu melihat projek ini sekali lagi tergendala seperti yang berlaku ketika PH menjadi kerajaan pada 2018,” katanya.

Sarawak masing-masing diberikan lima portfolio kementerian melalui perlantikan Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi; Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (Menteri Kerja Raya); Datuk Seri Nancy Shukri (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat); Datuk Seri Tiong King Sing (Menteri Pelancongan); dan Datuk Ago Anak Dagang (Menteri Perpaduan Negara).

Pada PRU-15, BN Sabah memenangi tujuh kerusi Parlimen diikuti GRS (enam); PH (lima), Warisan (tiga), Bebas (dua), dan masing-masing satu bagi Perikatan Nasional dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
Spekulasi rombakan Kabinet Anwar esok?
December 11, 2023· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
8 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok