Bukan UMNO, tapi Aminuddin angkat sumpah MB Negeri Sembilan

August 14, 2023 · Politik

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan bagi penggal kedua hari ini.

Aminuddin, 56, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti di sini, pada 4.15 petang, menurut laporan Bernama.

Turut berangkat ke Istiadat Penyerahan Watikah, Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan itu ialah Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz.

Hadir sama, Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak, Undang Luak Jelebu Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Maarof Mat Rashad, Undang Luak Johol Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Datuk Muhammed Abdullah, Undang Luak Rembau Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman dan Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri.

Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke serta kepimpinan barisan Kerajaan Perpaduan negeri daripada BN dan PH.

Keputusan PRN Negeri Sembilan pada Sabtu lepas, menyaksikan gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri selepas mendapat 31 kerusi iaitu 17 kerusi PH dan 14 kerusi BN manakala Perikatan Nasional (PN), lima kerusi.

Dilahirkan pada 2 Jan 1967 di Kampung Pachitan, Port Dickson, Aminuddin dan isteri Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof, 53, mempunyai lima anak iaitu tiga lelaki dan dua perempuan.

Aminuddin menerima pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah, Port Dickson sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat diploma di Institut Teknologi Mara (sekarang UiTM) dalam bidang perniagaan.

Pada PRN kali ini, Aminuddin mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat apabila menewaskan calon PN Ahmad Raihan Muhamad Hilal serta dua calon Bebas Bujang Abu dan Mohammed Hafiz Baharudin, dengan majoriti 2,662 undi.

Ahli Parlimen Port Dickson itu yang merupakan penyandang kerusi DUN Sikamat selama empat penggal sejak 2008, turut aktif dalam badan bukan kerajaan antaranya Persatuan Wadah Pencerdasan Umat (Wadah) dan Angkatan Belia Islam Malaysia.

Berita berkaitan
Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy
September 22, 2023· Politik
Isham dakwa kena desak letak jawatan dengan pemimpin UMNO yang pro-DAP
September 12, 2023· Politik
Perbicaraan kes saman taikun terhadap Sanusi ditetapkan 25 Oktober
August 25, 2023· Politik
Puad sokong Zahid kekal Presiden, tak perlu buat pemilihan semula
August 25, 2023· Politik
Popular
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
2 jam lalu · Politik
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
5 jam lalu · Politik
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023 · Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023 · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
24 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok