Blok pembangkang tolak cadangan Dr M tubuh Mageran

June 11, 2021 · Politik

Cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar Majlis Gerakan Negara (Mageran) ditubuhkan untuk menangani penularan Covid-19 ditolak sepenuhnya blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH).

Dalam satu kenyataan, PH menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan cadangan yang disuarakan oleh Dr Mahathir semalam semasa pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara semalam.

“Sebagai parti yang menjunjung prinsip demokrasi berparlimen, PH menolak cadangan Mageran ini berdasarkan pendirian konsisten kami bahawa darurat perlu ditamatkan segera dan Parlimen perlu dibuka semula sekarang,” katanya.

Bagi PH, jalan terbaik untuk mencari penyelesaian terhadap penularan pandemik dan menangani isu berhubung ekonomi adalah dengan membuka sidang Parlimen bagi memberi jalan wakil rakyat menyuarakan pandangan mereka.

“Penyelesaian kepada masalah rakyat dalam isu Covid-19, ekonomi, malah juga politik memerlukan demokrasi yang berfungsi dengan baik, dan ruang terbaik untuk mendengar suara rakyat serta mencari penyelesaian ialah di Parlimen,” katanya lagi.

Kenyataan itu ditandatangani Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Pengerusi AMANAH Mohamad Sabu.

Terdahulu, Dr Mahathir semalam memaklumkan dia membangkitkan cadangan itu ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

“Agong tidak kata tidak, tetapi titah baginda, cadangan pembentukan Mageran harus datang daripada pihak kerajaan. Tetapi saya ragu kerajaan akan cadangkan perkara ini,” kata Dr Mahathir semasa sidang media maya semalam.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Sultan Ibrahim berangkat bertemu Sultan Selangor dan Sultan Perak
October 28, 2023· Isu semasa
Al-Sultan Abdullah menamatkan tempoh pemerintahan 30 Jan, zahir penghargaan
October 26, 2023· Isu semasa
Idea SG4 yang tepat pada waktu yang tepat
October 15, 2023· Rencana
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
2 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
22 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok