Bila jembalang jadi rakan, Melayu bangkit pertahan agama, bangsa

February 8, 2023 · Politik

Orang Melayu dan Islam mempunyai maruah dan harga diri yang tinggi, malah sanggup berjuang dan mempertahankan martabat bangsa serta agama daripada bersekongkol dengan musuh hanya untuk menyelamatkan diri.

Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir berkata gelombang Melayu kini sedang bergelora untuk menebus maruah ummah bagi membentuk sebuah pentadbiran yang bersih, berintegriti, jujur dan ikhlas.

Sehubungan itu, beliau menempelak UMNO kerana tergamak meminggirkan kepentingan bangsa Melayu semata-mata kerana agenda peribadi pemimpin tertinggi parti itu apabila bersekongkol dengan DAP – parti yang pernah dicela UMNO sebelum ini.

“Sebelum ini parti lambang roket inilah parti jembalang yang UMNO mahu patah-patah dan tumbangkan.

“UMNO ingatkan umat Melayu betapa bahayanya DAP ini dan ancamannya terhadap masa depan politik umat Melayu,” katanya dalam kenyataan hari ini (8 Februari 2023).

Menurutnya Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pernah berkata: “Jangan ingat DAP tidak boleh dikalahkan paku mereka telah berkarat, longgar… DAP adalah parti yang banyak menipu rakyat, menabur fitnah serta memecah-belahkan masyarakat berbilang kaum negara ini.

“Saya yakin masyarakat di negara ini yang cintakan keamanan tidak boleh lagi tertipu oleh parti yang memainkan sentimen perkauman ini jadi mari kita bekerja kuat untuk memenangkan BN.”

Roslan Shahir berkata UMNO sebelum ini mengatakan DAP adalah parti penipu, penabur fitnah, pemecahbelah masyarakat, dan parti perkauman yang perlu dikalahkan.

Tetapi semalam, katanya UMNO begitu gembira menjadi tuan rumah, merai dan menyambut kehadiran pemimpin DAP ke ibu pejabat mereka di Pusat Dagangan Dunia di Kuala Lumpur.

“Setelah dapat laba dan kedudukan, DAP bukan musuh dan ancaman lagi. DAP jadi kawan muafakat. Tergamak UMNO meminggirkan kepentingan umat Melayu semata-mata kerana agenda peribadi pemimpin tertinggi mereka.

“Namun umat Melayu Islam termasuklah penyokong dan ahli akar umbi UMNO punya maruah dan harga diri. Martabat bangsa dan agama lebih mulia diperjuang dan dipertahankan daripada mereka yang tergamak bersekongkol dengan musuh demi menyelamatkan periuk nasi.

“Perjuangan politik penyatuan ummah tanggungjawab kita yang celik. Lepaskanlah tangan mereka yang bermuka-muka. Bersama bertaut pada tali Allah, bukannya tangan mereka ini.

“Jika Presiden dan Timbalan Presiden serta konco-konconya longlai, tidak lagi sanggup berjuang, sesungguhnya ramai lagi yang berani dan bertenaga,” katanya.

Berita berkaitan
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
15 jam lalu· Politik
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023· Politik
Ketua Menteri Melaka letak jawatan, Zahid sahkan bakal umum nama baharu
March 29, 2023· Politik
Zakir Naik akan kembali ke Malaysia, bagaimana pendirian DAP?
March 28, 2023· Isu semasa
Popular
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
March 30, 2023
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
March 31, 2023
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
March 30, 2023
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
March 30, 2023
Lagi Politik terkini
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
7 jam lalu · Politik
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
17 jam lalu · Politik
Larangan terhadap MB Kedah: PH-BN bawa landskap politik lapuk
18 jam lalu · Politik
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
18 jam lalu · Politik
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok