
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Pemilihan bahagian dan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu ditangguhkan kecuali cawangan, tidak lebih daripada tempoh 18 bulan mengikut fasal 14.15 Perlembagaan parti itu.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin menerusi satu kenyataan hari ini berkata persetujuan itu dicapai pada mesyuarat MPT yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
“Bersatu bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya di enam negeri yang bakal berlangsung tidak berapa lama lagi dengan seluruh kekuatan jentera parti diperkemaskan membabitkan kesemua negeri agar menjadi satu ketumbukan yang ampuh,” katanya.