Bersatu pecat seorang ahli boikot kempen, gantung dua keahlian

July 29, 2023 · Politik

Bersatu bertindak memecat keahlian seorang anggotanya serta-merta dan mengantung keahlian dua lagi selama tiga tahun.

Kesemua mereka melanggar Fasal 10.2.2 Perlembagaan Bersatu yang melibatkan perbuatan menghasut, memboikot dan mensabotaj kempen pilihan raya Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan itu diambil dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi pada 26 Julai lalu.

Beliau dalam kenyataan hari ini bagaimanapun tidak mendedahkan nama ahli yang dikenakan tindakan tersebut.

“Bersatu menegaskan bahawa mana-mana ahli yang tidak mendapat kebenaran parti tetapi bertindak melanggar disiplin parti dengan bertanding, menjadi pencadang atau penyokong kepada mana-mana parti lain atau calon Bebas, keahliannya terhenti serta-merta mengikut Fasal 10.2.4 Perlembagaan Bersatu,” katanya.

Sementara itu menurut Hamzah, Bersatu menzahirkan komitmen tertinggi untuk memastikan gerak kerja parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Negeri berada pada tahap paling maksimum bagi menjamin kemenangan PN.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Popular
Mat Sabu sudah tak tahan dikecam selepas bersama UMNO: Tuan Ibrahim
May 10, 2023
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024
Dulu PH juga kata Azam Baki punca rosak institusi, kata PAS
May 13, 2023
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok