Berkempen langgar peraturan, SPR tegur jentera PH dalam PRK

August 29, 2023 · Politik

Jentera Pakatan Harapan (PH) ditegur Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas melanggar peraturan pilihan raya dengan membuka kaunter bergerak bagi berkempen di tapak Pasar Malam Taman Sutera, Johor Bahru.

Menurut laporan media, petugas SPR yang bertanggungjawab memantau perjalanan kempen di kawasan berkenaan meminta jentera PH menutup kaunter berkenaan kerana tempoh masa yang sudah ditetapkan semasa berkempen.

“Jika berdasarkan permit dikeluarkan polis, jentera PH hanya dibenarkan untuk berkempen di sini bermula pukul 7.30 malam, waktu ini (5.30 petang) adalah waktu jentera Perikatan Nasional (PN).

“Perbezaan waktu yang diberikan itu bertujuan untuk memastikan tiada sebarang perselisihan berlaku antara jentera kedua-dua pihak, PH dan juga PN,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Sehubungan itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling, Cheo Yee How meminta jentera PH menutup sementara kaunter berkenaan bagi mematuhi peraturan tersebut.

Untuk rekod, dua Pilihan Raya Kecil (PRK) sedang berlangsung di Johor ketika ini, iaitu di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
8 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok