Anwar tuntut Finas luluskan permohonan geran artis PKR

May 3, 2021 · Politik

Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang menolak permohonan geran artis PKR dan menuntut agensi itu meluluskan permohonan penggiat seni yang cenderung menyokong partinya.

Presiden PKR itu berkata alasan penolakan permohonan oleh pelawak, Afdlin Shauki sebagai tidak munasabah dan mendakwa ia bermotifkan politik memandangkan pemohon merupakan seorang ahli PKR.

Status Anwar di Facebook menuntut geran diberikan kepada Afdlin.

“Penolakan ini bermotifkan politik dan alasan yang diberikan Finas bagi menafikan dakwaan tersebut amat cetek dan dangkal sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Pembangkang itu mendakwa Finas sepatutnya membuat keputusan tanpa sebarang pengaruh politik meskipun individu yang mengemudi badan tersebut dilantik dikalangan orang politik.

“Meski orang yang bertanggungjawab mengemudi Finas saat ini adalah orang politik, saya yakin isu ini dapat dilihat dan diurus tanpa pengaruh dan kecenderungan politik.

“Saya tuntut permohonan oleh saudara Afdlin dilihat dan dikaji semula dalam rencana besar bagi menggerakkan semula industri perfileman tempatan,” katanya lagi.

Baru-baru ini, Afdlin bersama seorang lagi rapper, Altimet mengumumkan penyertaan bersama PKR dan berjanji akan melawan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Afdlin juga memuji Anwar sebagai seorang tokoh politik yang menjadi sumber inspirasinya.

Menurutnya, semangat kental perjuangan Anwar menjadi sumber inspirasinya.

“Jiwa besar Datuk Seri Anwar dalam memaaf dan menerima kembali orang yang pernah masukkan beliau dalam penjara merupakan hal yang membuka mata dan fikiran saya,” kata Afdlin.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
PAS faham dan jaga semua kaum: Muhyiddin
March 5, 2022
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok