Anwar tidak letak nama Zahid dalam kenyataan bersama gesa Parlimen dibuka

August 2, 2021 · Politik

Nama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak tersenarai dalam kenyataan bersama parti-parti blok pembangkang yang menggesa supaya sidang Parlimen dibuka walaupun sedang berdepan penularan Covid-19.

Kenyataan terbaharu lewat malam ini menyenaraikan nama pemimpin parti politik yang tidak bersetuju dengan penangguhan Sidang Khas Dewan Rakyat, diketuai Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, Ahli Parlimen (MP) Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Presiden PSB Baru Bian.

Bagaimanapun, nama Zahid yang dikatakan antara dua Ahli Parlimen (MP) Barisan Nasional (BN) selain Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak termasuk dalam kenyataan bersama tersebut.

Untuk rekod, seramai 40 MP BN sudah menyatakan sokongan kepada kerajaan PN pada Khamis dan ia disahkan ketulenannya oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada hari ini.

Dalam kenyataan tersebut, pembangkang tidak berpuas hati susulan keputusan menangguhkan sidang yang sepatutnya berlangsung pada Isnin.

“Kami merakamkan kekesalan dan bantahan keras terhadap keputusan Perdana Menteri mengarahkan pengangguhan sidang khas Isnin 2 Ogos ini walaupun jumlah kes positif membabitkan Parlimen hanya 0.9% setakat 29 Julai.

“Tindakan penangguhan ini langsung tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan, proses demokrasi berparlimen dan terus membelakangi kenyataan media Istana Negara,” kata kenyataan itu.

Namun, kenyataan tersebut tidak menyenaraikan nama dua ketua parti lain, Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal dan Pengerusi Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad.

Setakat ini lebih 60 kes telah dikesan dijangkiti petugas di Parlimen, dan menyebabkan kerajaan memutuskan parlimen yang sepatutnya bersidang pada hari terakhir esok ditangguhkan.

Semalam, Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin mengumumkan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang dijadualkan pada Isnin ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Katanya penangguhan itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan serta penilaian risiko semasa yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Parlimen.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
2 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
22 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok