Anwar desak PM letak jawatan boleh, bila didesak berundur tahu menggelupur

November 26, 2021 · Politik

Desakan demi desakan supaya berundur daripada mengetuai blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak senang duduk dan menyerlahkan lagi nafsunya untuk menjadi Perdana Menteri (PM) walaupun sudah tidak relevan.

Lihat sikap Anwar apabila didesak supaya berundur dan menggelupur mempertahankan dirinya konon masih relevan, berduyun-duyun pengikut fanatik Presiden PKR itu tampil mengeluarkan kenyataan membela bos mereka yang menjadi punca kekalahan PH di Melaka.

Jika sebelum ini Anwar sangat galak mendesak supaya Perdana Menteri (PM) terdahulu meletak jawatan atas alasan ditolak rakyat, tapi apabila kena pada batang hidungnya sendiri pandai pula mencari alasan untuk menunjukkan dirinya masih diperlukan.

Jika PH masih mahu terjebak dengan strategi bodoh Anwar, ia tidak menjadi masalah kerana yang akan kalah teruk selepas ini adalah pembangkang dan ia pasti akan menguntungkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) selepas ini.

Ketua Pembangkang itu sebenarnya masih dalam sindrom penafian dan tidak mahu mengakui kesilapan diri sendiri sebagai punca kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, malah kedegilannya juga memberi tempias kepada rakan parti dalam PH.

Jika DAP masih menunggu lama lagi dan terikut-ikut dengan janji manis Anwar, jangan terkejut selepas ini kerusi Parlimen yang mereka menangi sebelum ini pula akan hilang separuh kerana rakyat sudah tidak mahu menyokong mereka.

Keputusan PRN Melaka adalah gambaran jelas sikap pengundi Cina terhadap Anwar yang dilihat rakus kuasa sehingga menjalinkan kerjasama dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini dan difahamkan masih lagi berhubungan antara satu sama lain.

Langkah Anwar mengadakan satu jalinan dengan Zahid dan UMNO khususnya nyata tidak menyenangkan pengundi Cina, malahan mereka berpandangan Anwar sudah menjual dirinya demi mengejar cita-citanya untuk menjadi PM yang masih tidak kesampaian sehingga sekarang.

Anwar beranggapan dengan bantuan anak muridnya itu akan dapat membawanya menjadi PM tetapi beliau silap kerana membiarkan dirinya menjadi hamba kepada pemimpin UMNO meminta sedekah sokongan.

DAP menerima tempias teruk akibat tindakan Anwar bersekongkol dengan pemimpin UMNO dan tindakan mengambil dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO bertanding di Melaka adalah kemuncaknya sehingga menyebabkan perpecahan dalaman PH.

Lihat bagaimana DAP memboikot Anwar semasa mengumumkan calonnya untuk bertanding di Melaka dan hasilnya mereka juga kehilangan setengah kerusi yang dimenangi semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu di Melaka.

Namun, Anwar masih tidak rasa malu dan tidak juga membuat permohonan maaf atas kesalahannya yang menjadi punca kepada kekalahan blok pembangkang di Melaka.

Baharu memegang jawatan Ketua Pembangkang pun Anwar sudah tidak sanggup melepaskan jawatannya, tidak dapat dibayangkan pula jika beliau menjadi PM selepas ini, pasti sama sekali tidak akan melepaskan jawatannya.

Maklumlah baharu dinaikkan pangkat setara dengan seorang Menteri, pastinya kerusi empuk dan elaun keistimewaan yang diperolehnya terlalu sayang untuk dilepaskan begitu sahaja.

Anwar bukanlah seorang pemimpin berjiwa besar, jika sebelum ini Tan Sri Muhyiddin Yassin sanggup melepaskan jawatan PM yang dianggap tertinggi dalam negara, takkanlah Anwar tidak boleh mengikut jejak yang sama.

Bukankah Anwar sebelum ini mendesak Muhyiddin meletak jawatan kerana tiada sokongan, sekarang ini keadaan sama juga dihadapi Anwar yang juga tidak memiliki sokongan untuk kekal memegang jawatan sebagai Ketua Pembangkang dan didesak berundur.

Jika masih tahu malu dan mempunyai maruah diri, eloklah Anwar mengikut jejak Muhyiddin melepaskan jawatannya dan memberi peluang kepada pemimpin lain yang lebih layak untuk menggantikannya.

Janganlah beritahu tidak ada calon dikalangan Ahli Parlimen pembangkang yang tidak layak untuk dijadikan pengganti, malah lebih ramai pemimpin berkualiti dikalangan pemimpin pembangkang yang boleh menggalas tanggungjawab tersebut.

Blok pembangkang memerlukan seseorang yang berintegriti dan memiliki dedikasi dalam melawan salahguna kuasa UMNO dan BN, bukannya seorang Ketua Pembangkang yang tahu berunding senyap-senyap dibelakang bersama musuh politiknya.

Bagaimanapun, Anwar tetap Anwar, memiliki ego dan kesombongan yang terlalu tinggi. Bahkan bekas pengikut fanatiknya seperti Rafizi Ramli juga sudah menasihati Presiden PKR itu tetapi tidak juga berkesan sebaliknya masih meneruskan strategi bodohnya bekerjasama dengan anak muridnya sehingga hari ini.

Berita berkaitan
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
‘Kedai online’ dedah barangan mewah dimiliki ahli politik
November 16, 2022
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
6 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok