Annuar sertai PAS, KJ dijangka bersama PN, kata Takiyuddin

May 1, 2023 · Politik

Dua bekas pemimpin yang dipecat UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Khairy Jamaluddin dijangka bakal menyertai PAS serta Perikatan Nasional (PN).

Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan hari ini ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen dan PAS Kawasan Kota Bharu di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu Badaraya Islam (MPKB-BRI).

“Insya-ALLAH bersama PAS, beliau telah memaklumkan keputusan tersebut pada awal Ramadan lagi dan kami (PAS Pusat) tidak ada halangan untuk pertimbangkannya.

“Sama ada Annuar Musa bertanding atau tidak pada pilihan raya negeri (PRN) nanti, itu proses kedua,” katanya lapor Sinar Harian.

Mengulas mengenai Khairy, Takiyuddin memberitahu bekas Ahli Parlimen Rembau itu sudah pasti tidak akan bersama Barisan Nasional, UMNO mahupun Pakatan Harapan dan pilihan terbaik ketika ini adalah PN.

“Saya jangka beliau akan bersama dengan kita di Selangor atau Negeri Sembilan.

“KJ bersama dengan kita ada dua konteks, satunya menyertai mana-mana parti sama ada PAS, Bersatu atau pun untuk makluman hendak jadi ahli PN pun boleh.

“Ia dipanggil ahli bersekutu, mana-mana warganegara Malaysia yang tidak menjadi ahli mana-mana parti boleh memohon jadi ahli PN dan boleh diluluskan oleh Majlis Tertinggi. Ia mudah sahaja, jadi beliau tidak perlu masuk mana-mana parti lain,” katanya.

Takiyuddin juga memberitahu pihaknya menerima lebih 20 permohonan daripada bekas pemimpin UMNO untuk bersama-sama dengan PN.

Berita berkaitan
Dana judi : Parti politik disiasat jangan panik, kata Azalina
13 minit lalu· Politik
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
4 jam lalu· Isu semasa
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
5 jam lalu· Politik
Melayu muda lupa bersama Pakatan Harapan
June 1, 2023· Rencana
Popular
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
June 2, 2023
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
June 2, 2023
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
June 2, 2023
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
June 2, 2023
Lagi Politik terkini
Bukan korek cerita lama, mahu harta rakyat dipulangkan: PMX
1 jam lalu · Politik
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
5 jam lalu · Politik
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
6 jam lalu · Politik
PRN: Bersih gesa SPR buka permohonan undi pos segera
7 jam lalu · Politik
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
June 1, 2023
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok