Annuar sahkan tak dijemput ke majlis pengumuman calon BN malam ini

November 1, 2022 · Politik

Tan Sri Annuar Musa mengesahkan tidak menerima jemputan ke majlis pengumuman calon Barisan Nasional yang dijadualkan berlangsung malam ini di WTC, Kuala Lumpur.

Penyandang kerusi Parlimen Ketereh itu berkata tiada surat dihantar kepadanya untuk hadir majlis malam ini dan akan meneruskan program di kawasan Parlimennya seperti biasa, ia walaupun spekulasi kuat mengatakan Annuar antara yang disisihkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Setakat ini tidak ada jemputan,” katanya semasa sidang media hari ini.

Bagaimanapun, Annuar mengesahkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Datuk Md Alwi Che Ahmad ada memaklumkannya berhubung surat jemputan yang diterima berhubung majlis yang dijadualkan berlangsung malam ini.

Berhubung spekulasi namanya tidak tercalon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Annuar berkata sedia menerima sebarang keputusan yang dibuat parti dan mengambil pendekatan tunggu dan lihat terlebih dahulu.

“Saya fikir biar benda itu terjadi dulu baru kita fikir… kalau fikir rancang awal-awal itu orang kata nak nak mendahului qada dan qadar itu tak payahlah.

“Cuma pesan saya begini jangan-jangan panik-panik jangan menggelabah seolah-olah jadi calon itu segala-galanyalah dalam hidup,” katanya lagi.

Namun, Annuar tidak menyifatkan sekiranya tidak tercalon pada PRU-15 kali ini, ia bukan pengakhiran kepadanya selepas ini.

“Kalau parti tidak pilih kita, itu bukanlah segala bukan the end of the thing (bukan pengakhiran).

“Tapi itu juga tidak menyekat kita kalau kita nak juga bertanding. Kita boleh juga bertanding, kita beli borang, bayar deposit, semua orang pun boleh bertanding. Orang tak ada parti pun boleh bertanding,” ujarnya.

Terdahulu, bekas Setiausaha Agung UMNO itu dalam kenyataan di Facebook beliau semalam mendakwa, bakal calon Barisan Nasional sudah dibawa menandatangani dokumen dan aku janji tertentu sejak dua hari lalu sekali gus menimbulkan pelbagai khabar angin.

Penyandang kerusi Parlimen Ketereh itu turut membayangkan beliau tidak termasuk dalam kalangan bakal calon yang dibawa membuat ikrar tersebut.

“Nampaknya, walau perlembagaan (UMNO) menghuraikan dengan jelas skop dan kaedah pemilihan calon, nampaknya sekali lagi ia tidak diendahkan.

“Dijanjikan juga top five diberi kuasa merundingkan (calon) bagi pihak majlis kerja tertinggi yang berkuasa memilihnya, namun ahli top five mengesahkan list (senarai) itu ditapis lagi oleh high up (pihak atasan). Proses sedang berjalan,” katanya dalam kenyataan itu.

Berita berkaitan
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
11 jam lalu· Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
19 jam lalu· Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
19 jam lalu· Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Popular
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
September 30, 2023
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023
Lagi Politik terkini
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
11 jam lalu · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
22 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok