Anak jangka penyokong Najib protes PRN ini

July 10, 2023 · Politik

Penyokong Datuk Seri Najib Razak dijangka melancarkan protes pada pilihan raya negeri (PRN) bulan depan kerana kecewa selepas tiada sebarang keadilan dilaksanakan kerajaan campuran terhadap bekas perdana menteri itu.

Anak Najib, Datuk Mohd Nazifuddin menjangkakan bakal ada sebilangan penyokong bapanya itu tidak keluar mengundi atau mengundi pihak lawan pada PRN di enam negeri tersebut.

“Saya perhatikan dari media sosial dan juga pendapat kawan-kawan, memang ramai yang semakin kecewa sebab tidak kelihatan ada apa-apa hasil nyata terhadap memulangkan keadilan kepada Najib sejak kerajaan perpaduan terbentuk lapan bulan lalu.

“Ia sama ada dari segi pengampunan Najib atau pun digugurkan beberapa daripada baki lapan kes mengarut. Malah kes audit 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang Najib menang tanpa diarah bela diri pun kerajaan sedang merayu,” katanya, lapor MalaysiaGazette.

Nazifuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Langkawi turut senada dengan adiknya, Nooryana Najwa yang melihat semakin sukar untuk menyakinkan penyokong bapanya itu.

“Ramai juga faham bahawa sokongan umum dan sokongan akar umbi terhadap DSN (Najib) adalah besar dan mungkin melebihi sokongan parti.

“Jadi jika ada sebilangan penyokong DSN yang tidak keluar mengundi atau pun undi pihak lawan maka ia ada kesan yang mungkin signifikan dari segi sokongan orang Melayu kepada UMNO dan BN,” katanya.

Sebelum ini Nooryana dilaporkan mengakui ramai penyokong Najib seolah-olah sudah hilang sabar malah mereka juga tidak mudah dipujuk lagi.

Situasi itu berlaku apabila Najib terus dibebani dengan kes-kes dan pertikaian baharu termasuk kes cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri, dana RM114 juta yang sudah diakui dimiliki UMNO dan kes sivil 1MDB.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Itu bukan pandangan DAP, kata Anwar ulas kenyataan kontroversi Ramasamy
February 11, 2023
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok