
Rakaman video lucah yang tular mirip Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusof tersebar.
Langkah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) masuk ke universiti dipertahankan bos agensi tersebut, Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusof.
Agus berkata ia bukan menjadi satu kesalahan masuk ke universiti dengan mengadakan program Jelajah Ikon Madani dan menafikan ia mempunyai kepentingan politik seperti didakwa setengah pihak.
“Hasrat kami masuk UiTM (Universiti Teknologi MARA) atau universiti lain menyantuni pelajar bukan untuk kepentingan politik atau berkempen supaya menyokong parti A atau parti B. J-KOM tahu batas-batas yang boleh dimainkan, kecuali untuk mempertahankan dasar kerajaan.
“J-KOM menjadi saluran komunikasi dua hala di antara kerajaan dan rakyat, termasuk mahasiswa dengan penyaluran maklumat tepat, sahih serta bijaksana. Kami harus memainkan peranan ini dengan proaktif.
“Tambahan pula, hari ini ada pihak kata J-KOM terlalu lembab dalam menyampaikan idea dan gagasan besar Perdana Menteri. Kita akui jadi J-KOM perlu memulakan langkah ini dan bertindak agresif,” katanya dipetik laporan BH.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan program itu di UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau, di sini, hari ini.
UiTM Kampus Rembau lokasi pertama program terbabit dan dihadiri kira-kira 1,000 pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) sekitar negeri tersebut.
Katanya, pandangan itu tidak betul kerana program berkenaan adalah untuk menjelaskan dasar kerajaan dan konsep Malaysia Madani cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Agus berkata, J-KOM tidak akan mengambil alih atau memainkan tugas pihak penerangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana ia ada fungsi dan skop tersendiri, namun saling bekerjasama dengan Jabatan Penerangan dan Jabatan Media Pejabat Perdana Menteri (PMO).
“Tiada pertindihan tugas antara satu sama lain, tetapi antara kami saling melengkapi. Walaupun pergerakan kami (J-KOM) dilihat perlahan berbanding agensi lain, tapi akan bergerak lebih laju selepas ini kerana baru tiga bulan.
“Ini Jelajah Ikon Madani pertama, ada lima lagi program selepas ini. Kita akan perbaiki segala kelemahan ke arah yang lebih baik,” katanya menambah, pihaknya akan mengetengahkan tokoh berbeza sebagai ikon, termasuk dari bidang sukan, usahawan, akademik, politik dan lain-lain bersesuaian,” ujarnya lagi.