Wanita rugi lebih RM100,000 ditipu kekasih dalam talian

July 18, 2023 · Isu semasa

Seorang wanita tempatan berusia dalam lingkungan 40-an kerugian lebih RM100,000 dipercayai akibat ditipu seorang lelaki dalam satu penipuan percintaan dalam talian, sejak April lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata wanita berkenaan yang bekerja di sebuah institusi pendidikan, telah mula berkenalan dengan lelaki berkenaan sejak penghujung bulan Mac selepas mendapat pesanan ringkas daripada suspek menerusi aplikasi Messenger, yang kemudiannya diteruskan menerusi aplikasi WhatsApp, menurut laporan Bernama.

Beliau berkata suspek kemudiannya memberitahu mangsa yang dia akan ke Malaysia bagi urusan tuntutan pampasan kematian bapanya di sebuah syarikat di Sarawak.

Kamarul Zaman berkata pada pertengahan bulan April lepas, lelaki itu mendakwa telah sampai di Malaysia dan menghubungi mangsa bagi mendapatkan bantuan kewangan untuk membiayai kos penginapan dan juga bayaran kepada Bank Dunia untuk urusan pengeluaran wang berjumlah US$5.5 juta.

“Mangsa turut dijanjikan sejumlah wang yang lumayan sekiranya dapat memberikan bantuan kewangan tersebut.

“Tertarik dengan tawaran yang diberikan, antara 11 April tahun ini sehingga 12 Jun lepas, mangsa telah melakukan 11 transaksi pemindahan wang daripada akaun miliknya ke dalam akaun bank yang diberikan suspek melibatkan jumlah keseluruhan RM142,080,” kata Kamarul Zaman dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata Polis Kontinjen Johor telah menerima laporan sebanyak 64 kes penipuan dalam talian, melibatkan warga pendidik sebagai mangsa dengan kerugian lebih RM2.5 juta bagi tempoh 1 Januari tahun ini sehingga 15 Julai lepas.

Justeru, beliau menasihati orang ramai agar jangan mudah terpedaya atau percaya pada individu yang baharu dikenali melalui media sosial terutama apabila berurusan secara dalam talian bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa penipuan.

Berita berkaitan
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Kelantan meningkat, Terengganu turun dan Selangor kekal
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
8 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
8 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok