
Harga mingguan petrol.
Harga semua jenis petrol dan diesel kekal hingga 16 Ogos ini, umum Kementerian Kewangan (MoF), hari ini.
RON97 kekal pada RM3.37 manakala RON95 dan diesel masing-masing RM2.05 serta RM2.15 seliter.
“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi paras harga siling ditetapkan.
“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata MoF dalam kenyataan.
Untuk rekod, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menjadi pembangkang mendakwa tidak dapat menurunkan harga bahan bakar tersebut kerana belum menjadi Perdana Menteri dalam satu kongres partinya.