Tambang feri ke Langkawi belum naik

July 16, 2022 · Isu semasa

Kementerian Pengangkutan masih memperhalusi permohonan pengusaha feri ke Langkawi bagi menaikkan kadar tambang, susulan peningkatan kos penyelenggaraan demi kelangsungan operasi perkhidmatan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan negeri Datuk Azman Nasrudin berkata sebarang keputusan berhubung perkara itu akan ditentukan kerajaan dengan mengambil kira semua aspek, termasuk kebajikan rakyat.

“Ada permohonan daripada operator untuk menaikkan harga tiket feri tetapi kita di peringkat kerajaan negeri meletakkan beberapa syarat kenapa perlu ada kenaikan dan sebagainya.

“Semuanya bergantung kepada keputusan Kementerian Pengangkutan yang akan buat kajian, jika mereka tidak benarkan maka kerajaan negeri tidak akan menerima permohonan itu,” katanya menurut Utusan.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Karnival dan Konvokesyen Program Tunas Niaga 2021 Kedah di Alor Setar, hari ini.

Azman berkata kerajaan negeri menerima permohonan tersebut sejak 2018 namun ditolak oleh Kementerian Pengangkutan.

“Masa ini mereka sudah minta tetapi bila dipanjangkan kepada kementerian, mereka berkata Covid-19 melanda dan rakyat berada dalam keadaan susah jadi benda itu ditangguhkan.

“Tak pernah naik dari 2008. Kos alat ganti dan bahan api semua meningkat termasuk kos pekerja. Jadi ada kewajarannya juga untuk dipertimbangkan oleh kementerian,” katanya.

Beliau menambah, kerajaan negeri bagaimanapun memberi jaminan kenaikan itu tidak membebankan penumpang selain akan turut memastikan mutu perkhidmatan feri dipertingkat ke tahap cemerlang.

Menurut Azman, satu mesyuarat antara kerajaan negeri, operator feri serta Jabatan Laut akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan hal berkenaan termasuk kekerapan perjalanan feri.

Difahamkan, beberapa operator feri mengadakan perjumpaan dengan Ahli Parlimen Langkawi baru-baru ini memohon pelbagai pemasalahan termasuk peningkatan kos operasi pengangkutan itu diajukan kepada kerajaan.

Pada masa ini, harga tiket feri sehala bagi dewasa dari Kuala Kedah ke Langkawi adalah RM23 dan dari Kuala Perlis pula RM18, manakala penduduk Langkawi masing-masing dikenakan tambang RM20 dan RM15 bagi kedua-dua laluan itu.

Berita berkaitan
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023· Politik
CAAM diarah siasat semua pesawat Beechcraft Model 390 di Malaysia
August 18, 2023· Isu semasa
Naik sedikit gaji penjawat awam pada Oktober, kata PMX
August 11, 2023· Politik
Dr Mahathir terima rawatan di IJN
August 4, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok