Tak undi PN, PAS pun dapat geran tanah, kata MB Kedah

February 9, 2023 · Isu semasa

Semua penduduk Kedah yang berhak, boleh memohon mendapatkan geran tanah, tanpa mengira ideologi politik masing-masing, kata Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Sehubungan itu, beliau menolak dakwaan bahawa pemberian geran tanah yang dilakukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ditadbir PAS sekarang ini bertujuan memancing undi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Justeru, beliau tidak membenarkan mana-mana pihak mengeluarkan geran tanah kepada penduduk bertujuan memancing undi menjelang pilihan raya ini.

“Siapa yang ada hak di negeri Kedah ni dia boleh mohon dan dia berhak untuk mendapat geran tanah.

“Yang digula-gulakan dengan pemberian geran untuk memancing undi menjelang pilihan raya kerja seperti itu seperti itu telah saya haramkan.

“Tuan-tuan yang dapat geran hari ni… saya mai (datang) bukan nak kempen. Tuan-tuan tak undi parti saya pun tak apa. Undilah parti tuan-tuan,” katanya dalam satu majlis penyerahan geran tanah kepada penduduk, hari ini.

Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi PN Kedah dan Ketua Pengarah Pilihanraya PAS itu berkata geran tanah yang diberikan kerajaan sekarang ini adalah hak rakyat walaupun mereka tidak mengundi PN atau PAS.

“Geran ni hak tuan-tuan walaupun tuan-tuan tak undi (parti) saya. Sungguh… tak ada masalah. Duduklah parti apa pun. Pasal ni (geran) hak tuan-tuan.

“Saya tukang bagi saja. DO (Pegawai Daerah) tukang proses. PTG (Pejabat Tanah dan Galian) tukang proses. Hak-hak kita semua.

“Saya tidak boleh sesekali menggunakan benda-benda ini yang menjadi hak orang untuk buat butter trade. Aku beri geran hang bagi undi. Tak boleh. Tapi kalau nak bagi (undi) alhamdulillah,” katanya lagi.

Menteri Besar turut mengingatkan pegawai kerajaan bahawa hak rakyat perlu ditunaikan dengan penuh tanggungjawab, malah katanya adalah berdosa jika tidak melakukannya dengan ikhlas.

“Sebagai pemimpin atau pegawai-pegawai. hak-hak rakyat ini perlu ditunaikan dengan penuh tanggungjawab. Berdosa dan bersalah pada pandangan saya.

“Jika. Kita bermain tarik tali dengan rakyat atas perkara-perkara yang sebenarnya menjadi hak mereka… contohnya saya meraih sokongan undi dengan mewajibkan tuan-tuan undi saya pasal saya bagi geran tanah… itu dosa,” katanya.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
6 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok