Syarikat pembekal akan hantar 3.52 juta lagi vaksin bulan ini: Adham

May 6, 2021 · Isu semasa

Proses vaksinasi dijangka akan berjalan dengan lebih cepat selepas tiga pembekal vaksin jenis Pfizer-BioNtech, Sinovac dan AstraZeneca akan menghantar sebanyak 3.52 juta dos vaksin Covid-19 kepada Malaysia bulan ini.

Jumlah berkenaan adalah bagi pengambilan dua dos setiap seorang yang akan memanfaatkan kira-kira 1.7 juta penduduk di negara ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

“Bekalan vaksin akan lebih banyak bermula Jun, bulan ini sahaja kita akan dapat 3.52 juta dos. Mulai Jun, Julai dan Ogos kita akan dapat lebih banyak, kita yakin proses vaksinasi akan lebih pantas.

“Kementerian Kesihatan telah pun buat perolehan dan mengesahkan penghantaran mengikut jadual, begitu juga untuk fasa ketiga,” katanya lapor Bernama.

Dengan bekalan tersebut, Adham berharap yakin fasa pemberian vaksin melalui program imunisasi kebangsaan itu dapat dilaksanakan mengikut jadual selepas kesemua dos dihantar ke negara.

Selain itu, Dr Adham berkata kerajaan telah meluluskan sebanyak 4,000 pemberian vaksin di kedutaan asing di negara ini melibatkan diplomat, kaunselor dan tanggungan mereka sahaja mulai minggu ini.

Menurut beliau, mereka perlu memohon dengan kerajaan terlebih dahulu dalam tempoh tujuh hari bagi menyenaraikan semua penerima dalam tanggungan selain memerlukan doktor sendiri untuk urusan pemberian suntikan.

“Setakat ini kita telah benarkan diplomat daripada Kedutaan British manakala Kedutaan Australia dalam proses, mereka juga perlu memberikan senarai supaya boleh kita tampilkan dalam MySejahtera dan sebelum pemberian vaksin, kesemua bebuli itu perlu dipastikan tidak tercemar dan dihapuskan mengikut keperluan farmaseutikal,” katanya.

Awal hari ini, Dr Adham berkata sebanyak 632,366 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam.

Beliau berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada 991,906 individu yang telah menerima dos pertama sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 1,624,272 setakat semalam.

Menurut infografik dikongsikan beliau, lima negeri yang menerima suntikan dos pertama tertinggi ialah Selangor dengan 133,226 dos, Kuala Lumpur (97,972), Sarawak (94,866), Johor (86,433) dan Perak (84,355).

Lima negeri yang melengkapkan dua dos suntikan COVID-19 tertinggi pula ialah Selangor dengan 85,780 diikuti Kuala Lumpur (66,898), Sarawak (65,104), Johor (58,143) dan Sabah (53,862).

Dalam pada itu, beliau berkata setakat semalam 40.6 peratus atau 9,848,371 individu telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor mencatat jumlah pendaftaran tertinggi sebanyak 2,528,707 individu iaitu 52.2 peratus.

Mengikut perancangan program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga bulan ini melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua bermula April hingga Ogos pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya, manakala fasa ketiga yang dijadual pada Mei hingga Februari 2022, melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
10 peraturan kekal terpakai dalam fasa endemik mulai 1 April
March 9, 2022
Terdapat syarikat tandatangan MoU di China tiada rekod prestasi: Johari
May 22, 2023
RUU rokok: Bung nak buka rahsia KJ
June 7, 2023
Dua anggota tentera maut dihempap pokok ketika operasi di Gerik
July 11, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok