SOP baharu ibadah umrah diumum bulan depan

October 3, 2021 · Isu semasa

Prosedur operasi standard (SOP) dan mekanisme bagi umat Islam di negara ini menunaikan ibadah umrah terutamanya dalam kehidupan norma baharu akan diumumkan kerajaan pada November depan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata mekanisme penghantaran jemaah ke tanah suci serta SOP norma baharu mengerjakan ibadah umrah berkenaan akan ditetapkan oleh jabatannya menerusi Jabatan Wakaf, Haji dan Umrah.

“Jabatan tersebut akan uruskan dan menyusun SOP serta mekanisme yang sesuai dan selamat, barulah kerajaan mengizinkan untuk hantar jemaah,” katanya lapor Bernama.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Pengkalan Chepa hari ini.

Hadir sama, Pengarah Puspen Siti Rugayah Ismail dan Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan, Rahayu Ahmad. Terdahulu, sumbangan itu bagi membolehkan 195 pelatih di pusat berkenaan bercucuk tanam termasuk secara hidroponik.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk berkata kuota jemaah yang dibenarkan mengerjakan umrah bergantung kepada keputusan kerajaan Arab Saudi, yang setakat ini memperuntukkan 100,000 jemaah umrah dalam sehari.

“Ia jumlah yang besar, barangkali ada pecahan untuk Malaysia, negara Asia dan lain-lain. Bagaimanapun, kami akan patuh dan laksanakan mengikut kuota yang diberikan kelak,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan kapasiti harian bagi jemaah umrah kini dinaikkan kepada 100,000 orang, selain bilangan jemaah solat fardu turut dinaikkan kepada 60,000 orang.

Berita berkaitan
Tahan Sanusi jam 3 pagi tidak wajar: Ahli Parlimen PH
July 18, 2023· Politik
Lesen Emraz Travel digantung Tabung Haji
April 2, 2023· Isu semasa
20 jemaah umrah maut, 29 cedera bas terbalik, terbakar
March 28, 2023· Dunia
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tiga bersaudara lemas berkelah di Sungai Lata Changkah di Setiu
June 11, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok