Seleweng RM2.3 bilion, SPRM siasat bekas menteri kanan, tokoh perniagaan bergelar Tan Sri

May 19, 2023 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri dan seorang bekas menteri kanan berhubung penyelewengan dana negara bernilai lebih RM2.3 bilion.

Memetik laporan Utusan Malaysia, sumber berkata siasatan itu adalah kesinambungan dan tambahan daripada pendedahan dokumen-dokumen sulit yang dibuat International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) berhubung transaksi-transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.

Katanya, tumpuan siasatan berkait dengan pembelian dan pemilikan saham di sebuah syarikat tersenarai oleh sebuah syarikat gergasi negara yang dikatakan didalangi oleh bekas menteri kanan itu.

“Difahamkan juga transaksi pembelian dan pemilikan saham ini dipercayai menjadi punca kepada kemerosotan ekonomi negara serta kejatuhan mata wang ringgit pada hujung 1990-an dan telah diseleweng untuk kepentingan individu-individu terbabit untuk diselamatkan (bail out) daripada mengalami kerugian yang lebih teruk,” kata sumber itu.

Menurutnya, penyiasatan juga tertumpu kepada transaksi-transaksi daripada hasil penjualan saham syarikat tersenarai tersebut.

Kata sumber, siasatan itu juga meliputi pemilikan aset-aset yang dikenal pasti dimiliki oleh ahli perniagaan dan bekas menteri kanan serta ahli keluarga mereka yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit di dalam dan di luar negara.

Difahamkan, SPRM juga telah merakam keterangan 14 saksi dalam tempoh beberapa minggu lalu berhubung penyiasatan ini termasuk keterangan daripada tokoh perniagaan dan bekas menteri kanan tersebut berkaitan dengan dokumen-dokumen sulit yang didedahkan oleh Pandora Papers.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan berkata siasatan tertumpu kepada Seksyen 23 Akta SPRM 2009 berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapat suapan dan kesalahan pengubahan wang haram di bawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Berita berkaitan
Saya bangga Tan Sri Lim akhirnya pakai songkok, kata MCA kepada DAP
2 jam lalu· Politik
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
8 jam lalu· Politik
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
9 jam lalu· Politik
C4 bidas PMX lagi lantik Azam Baki, tak faham kenapa masih disambung lantikan
21 jam lalu· Politik
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
4 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
6 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
6 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
21 jam lalu · Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
13 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok